CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2956|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima kru warga Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

[Copy link]
Post time 8-9-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Lima kru warga Indonesia ditahan ceroboh perairan negara


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 8, 2023 @ 11:09am [email protected]




Bot serta lima kru warga asing yang ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi kerana menceroboh perairan negara. - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia




GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan bot nelayan asing yang dikemudi lima kru warga Indonesia, kelmarin kerana menceroboh perairan negara.

Mereka ditahan ketika pasukan berkenaan melakukan rondaan rutin di Perairan Pulau Kendi, di sini.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, terdahulu bot yang tiada nombor pendaftaran itu dikesan bergerak di sekitar kedudukan 37 batu nautika barat daya kawasan terbabit.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong dan kesemuanya berusia antara 12 hingga 35 tahun.

"Kesemuanya ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti tangkapan ikan di kawasan perairan Malaysia.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Nak Rong berkata, kesemua kru berkenaan direman 14 hari bagi membantu siasatan manakala bot serta hasil tangkapan ikan dirampas serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung bagi tindakan lanjut.

"Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cubaan menangkap ikan di dalam perairan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki permit atau pas yang sah," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.105917 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list