View: 51267|Reply: 106
|
Sedekah Al -Fatihah sebenarnya tidak sampai kepada si mati?
[Copy link]
|
|
Bila berlaku kematian atau di kubur, kita sering atau biasa mendengar/lihat dibaca surah al Fatihah, begitu juga dibacakan surah Yasin. ...tetapi amalan ini sebenarnya tidak seperti yang disangka byk pihak..kerana dikatakan sedekah al-Fatihah..yasin dan lain2 ayat adalah pahalanya tidak sampai kepada si mati!....
Wpun terdapat perselisihan ulama berhubung perkara ini. Kita lihat pendapat Iman Syafie....yang menjagi pegangan masyarakat islam di Malaysia...Mengikut pendapat Imam Syafie dalam Tafsir Ibn Kathir, bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati berdasar hujah firman Allah S.W.T :
'Seseorang manusia tidak akan memperolehi apa-apa kecuali dengan apa yang diusahakannya'-Surah al-Najm:39
Hadis Rasulullah s.a.w :
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud
So disini ada kebenarannya..lebih2 lagi ini pendapat Iman Syafie...
tapi bukankah kita biasa buat sebaliknya?
Minta share jika ada kebenaranya tentang perkara yg masyarakat kita buat selama ini..sbb kalau tgk kebiasaan cam bercanggah dengan pendapat Iman besar kita ini... |
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak tu . tak pernah terpikir plak . slalu kita buat "sedekahkan AL-FATIHAH pada si mati" .. . |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Rasulullah s.a.w :
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud
Maksudnya ialah terputus amalan si mati. Kalau begitu, apa guna doa keampunan dalam solat jenazah.
http://www.youtube.com/watch?v=7oTIaU18q2E |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Rasulullah s.a.w :
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali ...
alien7749 Post at 27-12-2010 11:36 
Mengikut yang saya dimaklumkan dan fahami dari sesi ustaz tersebut ialah..kita kalau hendak "menolong" adalah dengan memohon doa supaya diampunkan dosanya dan simati mendapat kebaikan dari apa yang telah diusahakannya selama dia hidup dengan tidak terkurang kebaikannya sikit pun..inilah cara yang sebenarnya..doa..terutama sekali kalau yang mendoakannya adalah anak kandung kepada simati...
bukan cara sedekah pahala dari bacaan al-quran tadi..ini kerana Iman Syafie berpandukan al-Quran dan hadis sahih(bukan firman/hadis lemah dan sebagainya)..begitu juga Iman Syafie berpandukan perbuatan /kelakuan nabi sendiri......
namun seperti dikatakan tadi terdapat ulama berselisih pendapat...so nak tanya korang le kalau ada 'pendapat yang membenarkan atau firman atau hadis berhubung sampainya pahala membaca al-quran untuk disedekahkan kepada simati?
ustaz tu juga maklum jika simati ada memberi ilmu atau mengajar atau apa2 je ilmu kebaikan yang dimafaatkan oleh orang lain..simati juga akan menerima pahalanya....sama juga jika ada sedekah jariahnya..terutama sekali seperti sedekah bina masjid...sejadah dll...seperti juga yg terdapat dalam hadis sahih nabi tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila berlaku kematian atau di kubur, kita sering atau biasa mendengar/lihat dibaca surah al Fatihah, ...
redseven Post at 27-12-2010 11:11 
Pendapat imam-imam lain sebaliknya. Sebab ada hadith dari Saidina Ali yang sebut berkenaan bacaan surah al-ikhlas semasa lalu dikuburan. Kalau ada kelapangan, insha Allah saya cari balik. Atau kalau sesiapa lain ada hadith berkenaan sekarang boleh tolong type. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# redseven
(copy paste) sepatut sambungan kpd perkara itu perlu dihighlightkan juga:-
“Namun mengenai doa dan sedekah maka hal itu sudah sepakat seluruh ulama atas sampainya, dan telah ada nas-nas yg jelas dari syariah yg menjelaskan keduanya” (Tafsir Imam Ibn Katsir juz 4 hal 259).
nah. telah jelas bahwa tahlilan dan bacaan itu adalah doa, dan semua pengiriman amal itu dengan doa : "wahai Allah, sampaikanlah apa yg kami baca, dari.... dst, hadiah yg sampai, dan rahmat yg turun, dan keberkahan yg sempurna, kehadirat....."
bukankah ini doa?, maka Imam Ibn Katsir telah menjelaskan mengenai doa dan sedekah maka tak ada yg memungkirinya.
Lalu berkata pula Imam Nawawi :
أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها وهو كذلك باجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء وقضاء الدين بالنصوص الواردة في الجميع ويصح الحج عن الميت اذا كان حج الاسلام وكذا اذا وصى بحج التطوع على الأصح عندنا واختلف العلماء في الصوم اذا مات وعليه صوم فالراجح جوازه عنه للأحاديث الصحيحة فيه
والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها وقال جماعة من أصحابنا يصله ثوابها وبه قال أحمد بن حنبل
“Sungguh sedekah untuk dikirimkan pada mayyit akan membawa manfaat bagi mayyit dan akan disampaikan padanya pahalanya, demikian ini pula menurut Ijma (sepakat) para ulama, demikian pula mereka telah sepakat atas sampainya doa doa, dan pembayaran hutang (untuk mayyit) dengan nash2 yg teriwayatkan masing masing, dan sah pula haji untuk mayyit bila haji muslim,
demikian pula bila ia berwasiat untuk dihajikan dengan haji yg sunnah, demikian pendapat yg lebih shahih dalam madzhab kita (Syafii), namun berbeda pendapat para ulama mengenai puasa, dan yg lebih benar adalah yg membolehkannya sebagaimana hadits hadits shahih yg menjelaskannya,
dan yg masyhur dikalangan madzhab kita bahwa bacaan Alqur’an tidak sampai pada mayyit pahalanya, namun telah berpendapat sebagian dari ulama madzhab kita bahwa sampai pahalanya, dan Imam Ahmad bin Hanbal berpegang pada yg membolehkannya” (Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 7 hal 90)
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo camtu buat haji untuk orang yang dah mati pon tak sampai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini perkara khilaf, para ulama' ada yang kata sampai pahala tersebut dan ada yang kata tak sampai berdasarkan hujah masing-masing. Sesiapa nak beramal, silakan. Yang tak nak, biarkan.
Yang perlu kita tekankan ialah perkara yang ijmak seperti haram orang perempuan pakai ketat merata2, tapi kita buat-buat tgk je, takde sapa nak larang. |
|
|
|
|
|
|
|
PANDANGAN IMAM SYAFIE & MAZHAB SYAFIE
"Berkata IMAM SYAFIE : "Dan AKU SUKA jikalau DIBACAKAN AL-QURAN di sisi kubur dan didoakan terhadap mayat."
(Ma'rifatus Sunan oleh Imam al-Baihaqi, juzuk 4 ms 191 cetakan Darul Kutub)
"DISUNATKAN bagi orang yang menziarahi kubur bahawa MEMBACA apa-apa yang mudah daripada AL-QURAN dan mendoakan untuk mereka (yang mati itu) selepas bacaan (Quran itu). Telah menaskan oleh IMAM SYAFIE padanya. Ashab (juga) sependapat."
(Majmuk Syarah Muhazzab juzuk 5 ms 311 cetakan Darul Fikar)
"Berkata IMAM SYAFIE: "DISUNATKAN bahawa dibacakan di sisinya (mayat itu) sesuatu daripada AL-QURAN, dan jika mereka MENGKHATAMKAN SELURUH AL-QURAN, itu adalah LEBIH BAIK."
(RIYADUS SOLIHIN oleh IMAM NAWAWI ms 415 bab 2)
Maksudnya bacaan kita ADA MANFAAT untuk si mati.
Ada banyak lagi daripada Imam Syafie dan ulama-ulama Mazhab Syafie kerana pada tahun 2004 saya ada mengarang sebuah risalah panjang tentang hal ini. Tapi rasanya cukuplah sandaran2 di atas buat masa ini. WaAllahu'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa tahun solat yg boleh temankan kita bila kita mati (masuk kubur), kita juga boleh solat ini untuk kaum keluarga kita yg baru mieniggal |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke Imam Syafie sendiri yang kata tak sampai???? dah terbalik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada penulis yang kadang-kadang meninggalkan pendapat yang bertentang dengan hujah artikel mereka. Ini berlaku mungkin kerana tidak sengaja kerana kurangnya ilmu penulis tersebut atau disengajakan untuk menguatkan hujah mereka.
Jadi kenalah kita sebagai pembaca yang waras dan cerdik menilik benar-benar siapa penulis rencana yang asal dan melihat kejujuran mereka, dan jangan lupa meluaskan lagi skop pembacaan kita dengan meneliti hujah2 dari pihak yg bertentangan pula di samping bertanya kepada ustaz2 yg kita tahu tradisi keilmuan mereka dan lain-lain.
Tentu ada sebab kenapa ulama khilaf dalam soal sebegini.
Bagi saya, saya mengharapkan bacaan Al Quran saya jika diniatkan dengan baik boleh disampaikan kepada si mati samada dalam bentuk pahala ataupun manafaat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
wahai sahabat2 ku sekalian, marilah kita buat pencerahan yg sepatutnya.....
apakah pendirian sebenar imam syafiee....dlm hal ini?
ada kata dia suka , ada kata dia mengharamkan, sy jugak pernah baca kedua2 hujahnya itu,
jadi mana satu yg benar? |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf tuan, nak mencerah macam mana kalau identiti orang2 yang berdiskusi di sini pun kita tak kenali apatah lagi peribadinya? Takut-takut munafik bertopengkan jaguh ilmuan, makin lama makin tersesat jadinya semua, kemudian keluarkan caci makian pelbagai bila merasa diri tertekan.
Diskusi yang sepatutnya diberkati Allah habis semua berkat, ilmu dicari untuk diperdebat bukan diamal, tunggang terbalik jadinya..
Pendapat saya, forum cari ni bukanlah wadah yang terbaik untuk membuat pencerahan. Sekadar 'intro to the issue' sudah cukup... |
|
|
|
|
|
|
|
can we discuss this ..nak menilai tu saya setuju pros and kontra
tapi bila tengok hadith sahih doa yang dari anak tu
mungkin ade tak sesiapa boleh luaskan skop tentang apa yang ditakrifkan sebagai "doa dari anak yang soleh?" |
|
|
|
|
|
|
|
this is an interesting thread sebab
dahulu masa kaka saya sekolah ada satu ustaz ni cakap kalau tak silaplah akan jawapan kepada pertanyaan : apa kita nak buat kalau kita umpat org tu ..kan pahala kita pi kat dia then ustaz tyu cakap kalau macam tu sama ada pi minta maaf ka apa okaylah kalauorg tukita kenal tapi yang tak ni kan? so ustaz tu jawab pertanyaan budak tu dgn kata sedekahlah al fatihah
lagi satu ustazah saya ( blessher really) pernah cakap tentang pemberian bunga rose kepada ibu ibu sempena hari ibu - dia cakap cantik tapi kekalkah? so dia kata
hadiah al fatihah itu lebih kekal
so takkan ustzah saya lulusan fakulti pengajian islam tu menipu pulak...? |
|
|
|
|
|
|
|
wahai sahabat2 ku sekalian, marilah kita buat pencerahan yg sepatutnya.....
apakah pendirian sebe ...
ussopp Post at 31-12-2010 15:57 
yes...good query i suka discussion dihalusi of course lah lepas ni boleh rujuk pakar tapi jgn tutup pintu discussion kalau takut baik tak payah ada forum , kan? yang penting semak balik facts semua..dengan bertanya kepada yg arif didunia tiga dimensi. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata kita sendiri yg masih hidup ni absorb maksud/terjemahan/tafsiran surah Al-Fatihah utk diri sendiri.
InsyaALLAH,nanti kita sendiri takkan sengaja mengada-adakan tuduhan-tuduhan yg tak sepatutnya ... dgn alasan menjalankan tugas ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|