CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 1

Dulu Dikecam ‘Makan Macam B*bi', Kini Content Hisham Raus Tular Sehingga Ke Eropah

[Copy link]
Post time 15-8-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Pernah dikecam ‘makan macam b*bi', kandungan terbaru Hisham Raus meraih perhatian sehingga ke luar negara adalah satu pencapaian membanggakan buat pempengaruh dalam bidang makanan itu.


Difahamkan, kandungan itu menerima kira-kira lebih 32 juta tontonan iaitu 20 juta tontonan di Instagram manakala di Tiktok lebih 12 juta yang menonton.


Kandungan campuran air berkarbonat dan teh uncang itu berjaya membuat pengikut Hisham naik mendadak di Instagram iaitu lebih kurang 250,000 di dua platform iaitu 100,000 di Instagram dan 150,000 menerusi Tik Tok dalam masa tujuh hari.




IG




“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh. Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuat naik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.


“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.


Tambah Hisham, video-video resepi mudah menggunakan kaedah suntingan fast cut membuatkan golongan warganet menggelarkan dirinya ‘Bayashi Malaysia’.


Untuk makluman, Bayashi adalah pempengaruh TikTok Jepun yang terkenal dengan posting resepi mudah dengan menggunakan suntingan fast cut.


Sementara itu, bercakap mengenai kehidupan sebagai pempengaruh, perkara itu bukan mudah kerana memerlukan semangat yang tinggi dan komited untuk terus konsisten dalam setiap kandungan video yang dimuatnaik.


“Bayangkan saya terpaksa berjaga sehingga 4 ke 5 pagi untuk mencari idea apa yang patut dihasilkan agar ia dapat perhatian ramai dan semestinya memberi manfaat buat yang menonton.


“Bila nak rekod pun bukan mudah, saya tidak mempunyai jurukamera dan hanya menggunakan telefon bimbit saja untuk rekod dan guna kemera belakang (tiada monitor) (bukan selfie kamera).


“Dan yang paling penting, saya perlu konsisten agar para pengikut sudah bersedia dengan posting saya yang seterusnya,” ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu.




  



Mengenai Hisham, dia memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di YouTube.


Bagaimanapun, kerana hasad dengki segelintir pihak yang tidak berpuas hati, Hisham berputus asa dan mengambil keputusan berhenti untuk terus membuat kandungan video.


Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, semangatnya semakin pulih dan mula aktif di Instagram dan TikTok pula.


Dalam pada itu, kemunculan semula Hisham menghasilkan pelbagai video-video kreatif masih tidak menghalang kewujudan haters.


Namun dia mengambil perkara itu sebagai komen-komen pedas yang akan mengasah lagi skil penghasilan videonya.


“Dulu orang siap mengata ‘makan macam b*bi!’ kerana bunyi ASMR, dan macam-macam lagi orang hina. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata. Penat buat video, orang dengan mudahnya mengecam tanpa belas kasihan.


“Saya selalu cari video-video pempengaruh luar negara sebagai rujukan dan banyaklah komen jahat kerana kononnya saya meniru. Bagaimanapun kita matang kerana pengalaman yang dilalui kan… Saya berbalik kepada niat, apa tujuan utama saya jadi pempengaruh? Untuk menambahkan pendapatan dan boleh tampung keluarga.




  



“Jadi saya anggap haters akan buatkan kita jadi lebih baik. Tanpa mereka, video kita belum cukup baik. Alhamdulillah, sekarang ini, yang mana pernah jadi haters kini pengikut setia saya,” tuturnya.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msdummy.2018 at 15-8-2023 09:41 AM

To be honest, dia mmg maka  macam pig mcm korang cakap. Xsopan dah satu hal. Pas tuh dh hbs makan sibuk buat2 dabjk dada..sorry yach...aku nmpk anak aku tgk trs aku block utube dia nih...mungkin dr rafidah nk tgur pasal air gas campur air teh?

Si KA tuh tahan lah lagi...dh nama pun buat sambal, rendang, mmg ko kena pakai minyak yang bnyk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.977730 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list