CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2740|Reply: 17

[Politik] Tiada lagi kompromi kepada penunggang agama, orang-orang luar tabii, menteri-menteri rasuah selepas 12 Ogos – kata Anwar memberi amaran dengan tegas

  [Copy link]
Post time 11-8-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 11-8-2023 09:17 AM


ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Grand Finale Kita Selangor di Padang MPAJ AU2, malam ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

AMPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak lagi berkompromi dengan sesiapa pun yang memperguna agama demi tujuan tertentu atau ‘penunggang agama’, selepas 12 Ogos ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malah, beliau berkata, langkah itu juga sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

“Ini bukan soal politik, saya tidak peduli dia sokong apa, parti mana pun tetapi dia tunggang agama, permainkan hukum… memfitnah orang dan fitnah yang besar.

“Ini orang-orang luar tabii nak hukum…nak kafirkan orang yang tak sokong dia (katakan) masuk neraka…musuh Allah.

“Saya nak bagitahu malam ini, selepas ini, Perdana Menteri ini jika kamu sokong (menangkan pilihan raya negeri) tidak akan bertoleransi dengan perkara mengarut ini,” katanya di Ceramah Grand Finale Arus Merah Kuning yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat di sini malam ini.

Kata Anwar, negara ini mesti selamat dan menyantuni semua rakyat.

“Ya Islam agama Persekutuan, ya kita tingkatkan kefahaman Islam, kita tingkatkan penguasaan dan matapkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan bahasa ilmu.

“Kita jamin hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kita mulia dan pertahankan kedualatan raja-raja Melayu, tetapi jangan kita hina anak-anak Malaysia dari mana-mana kaum.

“Setiap rakyat baik Dayak, Cina, India ..semua itu keluarga kita dan kita kena pertahankan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana menteri di bawah pentadbirannya sekiranya terlibat dalam kes rasuah.

“Kalau ada kes tak payah runding dan kita akan pecat serta merta.

“Ini berbeza dengan Perikatan Nasional (PN). Ada kes mahkamah jadi calon Perdana Menteri dan pemimpin hina raja masih disanjung,” ujarnya.

Pada masa sama, Anwar menegaskan bahawa tiada seorang menteri di bawah pentadbirannya terlibat dengan rasuah selama lapan bulan ini.

Beliau berkata, perkara itu disahkan selepas membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa.

Antaranya menerusi Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bank Negara.

“Lapan bulan dalam kerajaan , tiada seorang menteri disabitkan dalam kesalahan rasuah. Saya serius kerana (saya periksa dengan pihak berkuasa semua).

“Ahmad Zahid dan Fadillah tahu. Wakil Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pun tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menghargai sambutan luar biasa penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada kempen PRN malam ini.

“(Sebab itu) Kita hantar puteri muda (Juwairiya Zulkifli) untuk mengalahkan sang muda si pengkhianat…si kitol,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/tiada-lagi-kompromi-kepada-penunggang-agama-selepas-12-ogos-anwar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting .


Post short. Apa la 10 bytes rule ni dah 2023 dah ni @admin oi!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada tmpt utk org2 luaq tabii?

Ckp pasai diri sendiri ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:14 AM | Show all posts
dia boleh..org lain tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon walawei
Asyek kutuk diri sendiri
Tak baik tauuuuuuuuui
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam tgk berita rasa nak seletop mulut rentua ni.. macam pakai issue racism tapi ayat walaweh meleleh.. tapi katanya dia jgk nak Islam liberal.. ha jommm p Amsterdam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon waliwat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:35 AM | Show all posts
hebat ayah pin versi anwar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 11:37 AM | Show all posts
pi la cutikan wak zahid tu,sampai kes selesai gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 ko memerintah x de pun ko buat benda2 ni...knp dah nk PRN mcm2 ko ckp ...knp jugak lepas ko menang baru nk buat...buat la masa mula2 dulu pegang jawatan PM..

Sorry...nk undi ko dah..dahla zahid tu free2 suci dari segala debu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
org luar tabii tu sape..diri sendiri ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:58 AM | Show all posts
mak takuttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Segera hukum penunggang2 agama ni....boleh pulak keluar fatwa kafirkan orang umno sesuka hati. Kafirkan orang yg beri undi kepada Umno.
Isle lah sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan hang kaa yg luar tabii jolok juboq jantan dan pancut dalam sampai kawan tu tak berak sebab nk simpan bukti kena liwat oleh gay tua tegar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2023 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 11-8-2023 03:31 PM
Bukan hang kaa yg luar tabii jolok juboq jantan dan pancut dalam sampai kawan tu tak berak sebab nk  ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 11-8-2023 11:37 AM
pi la cutikan wak zahid tu,sampai kes selesai gitu

mental aku baca statement dia ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:14 AM | Show all posts
kenapa tgu 12 ogos?
why dari awal masa dok cakap sakau sakau sakau tu?
saya ulanggggg
media pun dok la mengampu2 dia ni
muak plak tgk berita berat sebelah
sapa2 jadi pemimpin sama je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.137946 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list