CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2654|Reply: 0

[Pahang] Hanya mampu pujuk setiap kali Dhiya meraung kesakitan

[Copy link]
Post time 8-8-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode

DAYANG Suhana cekal menjaga anak bongsunya, Intan Nurdayana yang menghidap barah saraf tunjang. FOTO ihsan Dayana Suhana Abdullah dan Sarina Mohd Sidek

Kuantan: "Kenapa Allah bagi Dhiya sakit mak? Dhiya ada salah ke?" Demikian rintihan kanak-kanak juga pesakit barah saraf tunjang tahap tiga, Intan Nurdayana Mohd Jusof kepada ibunya, Dayang Suhana Abdullah ketika menahan kesakitan dalam rakaman video tular di laman sosial.

Dayang Suhana, 44, berkata, dia sudah lali mendengar raungan dan tangisan Intan Nurdayana, 9, atau Dhiya.

Bagaimanapun, apa mampu dilakukannya cuma menenangkan dan memujuk anak bongsunya itu supaya bersabar dengan ujian Ilahi.

"Memang kena banyak sabar kerana setiap kali sakit, Dhiya akan meraung.

"Sebagai ibu, saya memang tak boleh tengok Dhiya sakit kerana kasihan memandangkan dia masih kecil," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Dayang Suhana berkata, Dhiya dilahirkan normal tetapi hilang keupayaan berjalan selepas disahkan menghidap barah saraf tunjang hampir tiga tahun lalu.

Sejak itu, Dayang Suhana tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga dan menguruskan keperluan Dhiya yang lumpuh daripada paras punggung ke bawah.

"Dulu, saya cari rezeki dengan menjual roti canai tetapi sudah lama tak berniaga kerana menjaga Dhiya di rumah.

"Waktu mula dapat tahu keadaannya memang tak boleh terima sampai meraung kerana Dhiya dulu sihat dan tiba-tiba jadi begini selepas alami simptom sakit kaki.

"Ambil masa juga nak terima dan lama kelamaan, saya reda walaupun sampai ke hari ini Dhiya tak boleh berjalan serta perlu didukung atau guna kerusi roda untuk bergerak," katanya.

Menurutnya, dia ada bertanya dengan doktor mengenai kemungkinan anaknya untuk kembali normal namun dimaklumkan peluang yang ada terlalu tipis.

"Kata doktor, kalau nak sembuh dan nak berjalan, 90 peratus tak boleh kerana kakinya (anak) sudah keras.

"Bila ditanya lebih lanjut, doktor kata ia bergantung dengan kuasa Allah dan enggan beri saya harapan kerana tak tahu nak cakap macam mana.

"Kini, Dhiya bertahan dengan ubat tahan sakit, ubat saraf dan ubat najis selain pakai tiub kencing yang perlu dimasukkan empat jam sekali.

"Disebabkan itu, saya tak boleh ke mana dan perlu duduk dengannya saja. Suami ada bantu cuma buat masa ini, dia pun jaga ibunya yang kurang sihat jadi saya yang perlu uruskan Dhiya," katanya yang mempunyai empat lagi anak dan turut membesarkan seorang anak angkat.

Selain rawatan moden, Dayang Suhana turut berikhtiar dengan cara perubatan tradisional namun belum nampak hasilnya.

"Memang ada cuba perubatan Islam, jumpa ustaz malah banyak tempat saya pergi sampai berhabis duit.

"Tapi perubahan nampak dalam dua ke tiga hari dan kemudian anak saya jadi begitu semula.

"Dhiya makan pun tak banyak, tiga suap saja dengan susu setengah gelas dan rutinnya memang terlantar saja," katanya yang mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 dan RM400 lagi sumbangan zakat.

Meskipun belum ada perubahan, Dayang Suhana berkata, Dhiya masih perlu dibawa berjumpa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Masih ada temujanji di hospital dan dalam waktu terdekat adalah rawatan fisioterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 24 Ogos dan ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Tunku Azizah (HTA) 30 Ogos depan.

"Kalau Allah izinkan, saya nak tengok Dhiya sembuh dan seandainya dia tak berjalan pun saya terima. Saya cuma nak Dhiya ada di depan mata," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-meraung-kesakitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055388 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list