CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 0

[Pahang] 'Ulat hotel' mengaku salah sebabkan kematian kenalan di tempat letak kereta

[Copy link]
Post time 8-8-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Raub: Seorang lelaki yang bekerja sebagai 'ulat hotel' atau berperanan menempah bilik hotel mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian kenalannya dalam pergaduhan di tempat letak kereta sebuah hotel di Genting Highlands, dekat sini dua minggu lalu.

Pengakuan Soh Kuang Liang, 38, yang beralamat di Bukit Beruang Utama, Melaka direkodkan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menumbuk kepala Har Chee Kong, 67, berkali-kali sehingga menyebabkan kecederaan di kepala antara 4.30 hingga 5 petang 26 Julai lalu di Tiang E5, B1 Sky Avenue Carpark di Genting Highlands.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Punitha mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai pakaian lokap polis warna jingga tidak diwakili peguam pada prosiding hari ini.

Hakim membenarkan sebutan semula kes pada 18 September bagi mendapatkan laporan kimia dan laporan bedah siasat, selain tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Pada 27 Julai lalu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan terlentang dengan kesan cedera di muka di tempat letak kereta sebuah hotel di pusat peranginan itu.

Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di lobi hotel sebelum mereka beredar ke tempat letak kereta dan kembali bergaduh.

Punca pergaduhan dipercayai akibat salah faham dan rasa tidak puas hati berhubung penyewaan bilik hotel.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tempat-letak-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.342615 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list