CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Terengganu] Bayi maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu

[Copy link]
Post time 9-7-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Chukai: Bayi perempuan maut selepas dilanggar kenderaan dipandu sepupunya di kawasan rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh malam tadi.

Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan parah di kepala, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menerima laporan insiden pada 10.30 malam dan siasatan awal mendapati mangsa dilanggar pacuan empat roda dipandu sepupunya iaitu wanita berusia 19 tahun.

"Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

"Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

"Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia," katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan dan mayatnya dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... raan-dipandu-sepupu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072814 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list