CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 2 samseng ugut pemilik restoran ditahan

[Copy link]
Post time 22-6-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Dua ejen syarikat kontraktor pembekal dan penyelenggaraan alat pemadam api yang berlagak samseng dan mengugut pemilik sebuah restoran di Bukit Kepayang, Seremban 2, di sini, ditahan polis, lewat malam kelmarin.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 24 dan 55 tahun itu ditahan di Taman Bukit Kaya, di sini, kira- kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tangkapan berkenaan susulan daripada laporan seorang wanita berhubung kejadian dan turut dilaporkan di akhbar ini.

"Pihak kami menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 49 tahun pada 19 Jun lalu memaklumkan diugut dua lelaki pekerja syarikat pembekal dan penyelenggaraan alat pemadam api di kedainya di Bukit Kepayang.

"Daripada laporan, lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati apabila pengadu sudah melantik ejen syarikat lain untuk menguruskan proses penyelenggaraan alat pemadam api di kedainya.

"Difahamkan, salah seorang daripada mereka mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap mangsa sebelum beredar," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menahan dua lelaki berusia 24 dan 55 tahun di daerah ini, kira-kira jam 11 malam Selasa lalu bagi membantu siasatan.

"Semakan lanjut terhadap identiti suspek, polis mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan narkotik.

"Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama sehari dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya. Siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Justeru beliau berkata, pemilik premis atau pengusaha yang berhadapan dengan samseng yang memaksa mereka memilih perkhidmatan penyelenggaraan alat pemadam diminta supaya tampil membuat laporan polis.

Akhbar ini pada Selasa lalu melaporkan seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang, Seremban 2, di sini, diugut seorang lelaki yang berlagak samseng.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakan berang selepas wanita terbabit sudah bersetuju untuk menyelenggara alat pemadam api di premisnya melalui syarikat kontraktor lain.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ik-restoran-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057842 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list