View: 133|Reply: 0
|
Qatar sah Piala Dunia terakhir Messi
[Copy link]
|
|
MESSI (tengah) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukannya. FOTO Reuters
Beijing: Lionel Messi mengesahkan dia tidak mungkin akan beraksi di Piala Dunia seterusnya dalam temu bual dengan media China, selepas pemain berusia 35 tahun itu membantu Argentina memenangi kejohanan berprestij itu tahun lalu di Qatar.
"Saya sudah mengatakan beberapa kali sebelum ini bahawa saya tidak berasakannya begitu. Itu (2022) adalah Piala Dunia terakhir saya.
"Saya akan melihat bagaimana keadaannya tetapi secara teori saya tidak fikir akan beraksi untuk Piala Dunia akan datang," katanya ketika ditanya oleh Titan Sports China dalam temu bual menerusi video.
Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu kini berada di Beijing di mana Argentina akan turun pada perlawanan persahabatan menentang Australia, esok.
Komen itu hadir selepas dia memberitahu akhbar Argentina, Ole awal tahun ini bahawa sangat sukar untuknya beraksi pada edisi Piala Dunia selepas ini.
Messi minggu lalu mengumumkan akan menyertai kelab MLS, Inter Miami selepas kontraknya selama dua tahun bersama Paris Saint-Germain (PSG) berakhir.
Argentina akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Australia di Stadium Workers yang mempunyai kapasiti 68,000 orang di Beijing.
Perlawanan itu adalah ulangan aksi pusingan 16 terakhir di Piala Dunia dekat Doha, yang dimenangi Argentina 2-1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... unia-terakhir-messi |
|
|
|
|
|
|
| |
|