CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Sheikh Jassim 'bos' baharu United?

[Copy link]
Post time 13-6-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Antara laporan berita dalam talian mengenai Sheikh Jassim dikatakan berjaya dalam bidaan mendapatkan Manchester United.

MANCHESTER: Anak kepada bekas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani dikatakan berjaya dalam bidaan mendapatkan Manchester United seperti dilaporkan media Qatar hari ini.

Ahli perbankan itu menghantar bidaan kelima dan terakhir pada minggu lalu dalam usaha memenangi bidaan dan mengatasi persaingnya, Sir Jim Ratcliffe.

Laporan ini dikeluarkan selepas Ratcliffe yang juga jutawan INEOS dari Britain itu mendahului saingan untuk mendapat 'lampu hijau' dari keluarga Glazer.

Menurut media Qatar, Al Watan yang dimiliki oleh bapanya, Jassim Jaber Al Thani melaporkan keluarga Glazer menerima bidaan Sheikh Jassim.



    Congratulations to Shaikh Jassim Bin Hamad Bin Jassim on his acquisition of @ManUtd

    نبارك للشيخ جاسم بن حمد على نجاح صفقة نادي مانشستر يونايتد#qatar #ManUnited #ManchesterUnited #QatarInAtManchesterUnited #SheikhJassimInAtManUtd pic.twitter.com/xQbA9hSect

    — Zaid Al-Hamdan (@zaidmalhamdan) June 12, 2023

Media terbabit menciap pengumuman bahawa rundingan itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Proses rundingan itu sudah berlarutan terlalu panjang dengan Avram dan Joel Glazer serta Raine Group kekal berahsia untuk mengumumkan pembida yang terpilih.


Sheikh Jassim Hamad Al Thani.

Sheikh Jassim membida untuk pemilikan 100 peratus yang membawa kepada berakhirnya pembabitan Glazer dalam pasukan itu.

Sementara Ratcliffe pula menawarkan untuk menguasai sekitar 60 peratus dalam saham pasukan dan berminat untum mengekalkan Avram serta Joel dalam kapasiti tertentu.

Ketidakpastian itu jelas menjejaskan perancangan pasukan untuk jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka, esok.

Pemilik Manchester United dari Amerika Syarikat itu melancarkan proses jualan rasmi kelab pada penghujung tahun lalu dan menerima beberapa tawaran, termasuk Ratchliffe dan ahli perniagaan Finland, Thomas Zilliacus. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-bos-baharu-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.245026 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list