View: 167|Reply: 0
|
JDT bakal `hilang' Jordi
[Copy link]
|
|
JDT bakal `hilang' Jordi
SOLARI optimis Arif Aiman akan bangkit apabila berdepan Terengganu FC. -FOTO JST
Johor Bahru: 'Kereta kebal' Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat kemungkinan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.
Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, kedudukan Jordi masih samar sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya selepas mengalami ketidakselesaan yang menghalang dia daripada menamatkan aksi menentang Penang FC sehingga terpaksa dikeluarkan pada babak pertama perlawanan.
Solari juga menegaskan aksi menentang skuad kendalian Tomislav Steinbrückner bakal mengundang kesukaran buat JDT walaupun pernah menewaskan pasukan itu 2-0 pada pusingan pertama.
"Jika Jordi tidak dapat diturunkan, saya tidak ada masalah untuk memperkemaskan benteng sebab masih memiliki barisan pemain yang mantap seperti Shahrul (Saad) dan Shane (Lowry) yang boleh memperkukuhkan benteng JDT.
"Sudah tentu ia perlawanan sukar dan kita sudah menamatkan pusingan pertama dengan cemerlang tapi kita kena kembali fokus untuk menempuh cabaran berbeza.
"Tidak dinafikan Terengganu sejak kebelakangan ini menunjuk peningkatan dalam aspek permainan dan tentunya mereka ada kelebihan kerana beraksi di laman sendiri malah ketika aksi pertama di Stadium Sultan Ibahim kami berdepan kesukaran untuk tewaskan mereka," katanya
Ditanya mengenai prestasi Arif Aiman Hanapi yang tampak kurang efektif ketika aksi menentang Penang FC, Solari menganggap apa yang terjadi kepada Pemain Paling Bernilai dua musim berturut-turut itu lumrah sebagai pemain bola sepak dan tidak semestinya akan terus berada di prestasi terbaik setiap perlawanan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bakal-hilang-jordi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|