View: 157|Reply: 0
|
Pemilihan skuad Harimau Malaya kali ini yang terbaik – FAM
[Copy link]
|
|
Pemilihan skuad Harimau Malaya kali ini yang terbaik – FAM
Hamidin (dua dari kanan) ditemui pada majlis menandatangani perjanjian usahasama aktiviti pemasaran dan pembaharuan perjanjian ke-4 kad jenama bersama antara Bank Islam dan FAM di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan FAM
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin percaya pemilihan 27 pemain Harimau Malaya yang akan sertai kem latihan pusat bermula Sabtu ini di Kuala Terengganu adalah yang terbaik.
Menurut Hamidin, walaupun khidmat pemain pertahanan berpengaruh, Dion Cools tidak dapat sertai pasukan kali ini kerana mahu melangsungkan perkahwinan, barisan pemain yang ada tetap dapat berikan aksi kompetitif nanti.
“Memang (ketiadaan) Cools kali ini Kim Pan-gon berikan kelonggaran, dia sudah minta pelepasan untuk berkahwin. Jadi kita lepaskan dia. Skuad kali ini, kalau kita lihat itu adalah yang terbaik, hanya Cools sahaja yang tiada.
“Kita sama-sama doakan agar Harimau Malaya menang dalam dua perlawanan persahabatan ini untuk kita perbaiki kedudukan ranking. Selepas ini kita akan ke China dan pada September kita akan umum satu lagi pasukan dan seterusnya Pestabola Merdeka.
“Sebelum ke Piala Asia awal tahun hadapan di Qatar, kita akan ada dua perlawanan persahabatan di luar. Jadi, saya harap semua peminat berikan sokongan,” katanya.
Hamidin ditemui ketika menghadiri majlis menandatangani perjanjian usahasama aktiviti pemasaran dan pembaharuan perjanjian ke-4 kad jenama bersama antara Bank Islam dan FAM di Kuala Lumpur petang tadi.
Sebagai rekod, Pan-gon telah memanggil 27 pemain untuk sertai pasukan menjelang aksi antarabangsa bertemu Kepulauan Salomon pada 14 Jun dan Papua New Guinea pada 20 Jun depan.
Kedua-dua perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak nanti. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... i-yang-terbaik-fam/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|