View: 161|Reply: 0
|
Misi kami bukan halang City - Ten Hag
[Copy link]
|
|
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag menjulang trofi Piala Liga pada Februari. - Foto AGENSI
LONDON: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berkata dia tidak berminat untuk menghalang misi treble Manchester City pada final Piala FA di Wembley malam ini.
Ten Hag membawa anak buahnya kembali ke Wembley dengan harapan untuk memenangi piala kedua pada musim pertamanya di Old Trafford, selepas menjuarai Piala Liga pada Februari.
Menurut pengendali dari Belanda itu, dia hanya berminat memenangi piala dan bukannya menghalang City daripada mengulangi kejayaan United memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.
"Kami mahu memenangi piala, ia bukan berkenaan menghalang City. Ia tentang kami memenangi piala. Ia peluang terbaik," kata Ten Hag.
Hanya United satu-satunya kelab Inggeris yang pernah memenangi treble. United menewaskan Liverpool pada final Piala FA 1977 untuk menghalang kelab Merseyside itu menjadi kelab Inggeris pertama memenangi treble.
Musim lalu, Liverpool mempunyai peluang untuk memenangi empat kejuaraan tetapi hanya berjaya meraih dua piala domestik.
United akan menyamai pencapaian anak buah Jurgen Klopp musim lalu jika menang malam ini.
Bagi Ten Hag, final malam ini akan menjadi medan untuk dia melihat sejauh mana kemajuan pasukannya.
"Ia ujian terbaik buat kami. Saya rasa City juga melakukan tugas dengan baik. Mereka bermain dengan baik dan berhak mara ke final, tetapi bukan mereka yang saya lihat.
"Saya perlu nilai sejauh mana kemajuan kami berbanding musim lalu. Kami berada di landasan yang betul dan berpeluang menetapkan sasaran baharu pada musim panas ini.
"Kami mahu mengembalikan kegemilangan Manchester United. Kami mengharungi musim yang baik dan kini berpeluang menjadikannya lebih baik," katanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... halang-city-ten-hag |
|
|
|
|
|
|
| |
|