View: 162|Reply: 0
|
UEFA dakwa Mourinho, Roma, Sevilla
[Copy link]
|
|
Pengendali Roma, Jose Mourinho mempersoalkan keputusan pengadil aksi final Liga Europa, Anthony Taylor. - Foto AGENSI
LAUSANNE: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mendakwa pengendali Roma, Jose Mourinho kerana menggunakan kata-kata kesat ke atas pegawai perlawanan ketika final Liga Europa minggu ini.
Mourinho, 60, dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Anthony Taylor pada final di Budapest Rabu lalu yang menyaksikan Sevilla muncul juara menerusi sepakan penalti selepas permainan terikat 1-1.
Pengendali dari Portugal itu mengkritik Taylor dalam sidang media selepas perlawanan, dan kemudian dirakam menghina pengadil itu di tempat letak kereta stadium.
Kedua-dua kelab turut didakwa di atas salah laku pemain dan penyokong yang membaling objek serta menyalakan bunga api.
UEFA mengutuk perlakuan ganas ke atas Taylor dan keluarganya, dan akan menilai insiden ini dengan teliti bagi memastikan ia tidak berulang pada masa akan datang.
"Perlakuan sebegini tidak boleh diterima dan tiada semangat kesukanan. Pengadil memainkan peranan penting dalam memastikan integriti dan keadilan permainan, dan keselamatan mereka sangat penting," kata UEFA.
Sevilla turut didakwa di atas kesalahan penyokong menceroboh ke dalam padang, manakala Roma didakwa kerana kerosakan dan kekacauan dicetus penyokongnya.
Taylor melayangkan kad kuning kepada 13 pemain, tujuh daripadanya pemain Roma, dan permainan turut terganggu akibat jumlah kekasaran yang tinggi.
Pengadil dari England itu kemudian menjadi sasaran penyokong Roma di lapangan terbang Budapest.
Taylor dan keluarganya terpaksa dikawal ketika keluar dari kafe ke kawasan selamat di lapangan terbang berkenaan.
Ia adalah kejuaraan Liga Europa ketujuh Sevilla dan kekalahan pertama Mourinho sebagai pengendali dalam final Eropah. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... urinho-roma-sevilla |
|
|
|
|
|
|
| |
|