CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4471|Reply: 30

Lepas Setahun Setengah Kes Berlangsung, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman RM1 Juta

[Copy link]
Post time 1-6-2023 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini memutuskan Siti Solehah Mohamed Ali perlu membayar RM1 juta ganti rugi terhadap Aqil Zulkiflee.


Dalam notis saman, pempengaruh dan YouTuber terkenal itu menuntut RM1 juta ganti rugi, menuntut agar mahkamah memberikan injunksi untuk menghentikan defendan menyebarkan pembohongan, ganti rugi keterlaluan atau ganti rugi teladan, jumlah kerugian am ditaksirkan mahkamah, gantirugi spesifik, permohonan maaf, kos tindakan dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.




IG




Saman fitnah tersebut difailkan Aqil, terhadap defendan yang menggunakan nama ‘Auntie Soleha’ di aplikasi Facebook pada 14 Februari tahun lalu atas dakwaan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah berkaitan karakter dan keperibadian Aqil yang disiarkan saluran media sosial Tik Tok, You Tube dan Facebook.


Peguam Aqil, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors di Shah Alam, berkata objektif utama anak guam mengambil keputusan untuk menyaman defendan adalah untuk menjaga nama baik beliau.
















“Anak guam Aqil Zulkiflee berjaya membuktikan yang perbuatan defendan, Siti Solehah, telah menyebabkan kerosakan pada reputasi beliau sebagai pempengaruh media sosial tersohor melalui kenyataan-kenyataan palsu dan plaintif telah dikecam, dihentam, dihina dan ‘dibasuh teruk’ di ruang siber. Kami gembira yang reputasi beliau telah berjaya dipulihkan melalui keputusan mahkamah hari ini," katanya.


Dalam tuntutan samannya, Aqil juga mendakwa Siti Solehah melalui nama pengguna “Auntie Soleha” mengarang kenyataan berbaur fitnah dan diterbitkan di Facebook pada 24 Disember tahun lalu dan di TikTok pada 7 Januari lepas.


Kenyataan fitnah pertama oleh defendan telah dikongsi sebanyak 173 kali dan menerima reaksi sebanyak 594 kali serta dikongsikan oleh pengguna akaun Facebook atas nama Teh Tarik Kopi O yang telah dikongsi semula sebanyak lebih 1500 kali.


Mahkamah Sesyen bersetuju dengan tuntutan Aqil bahawa apa yang ditulis defendan berniat jahat dan menjekelkan kerana kenyataan yang dikarang dan diterbitkan memberi gambaran amat buruk kepada pembaca dan pengguna media sosial bahawa beliau adalah seorang figura awam, penggiat maya kreatif dan usahawan yang menipu, tidak patut disokong oleh masyarakat, ingin cepat kaya dengan cara yang salah, terdesak, perasan dirinya terkenal, ingin menjadi terkenal dengan cara yang salah, hamba kepada wang dan berperangai teruk.








Pemenang trofi bagi Kategori You Tuber Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 itu juga berjaya dalam tuntutan beliau apabila mendakwa yang kenyataan-kenyataan mencaci nama baik dan reputasi beliau masih boleh diakses sehingga kini.


Aqil Zulkiflee bersyukur namanya kini sudah bersih dan mahkamah bersetuju yang kesemua kenyataan dibuat adalah fitnah.


“Aqil ingin berterima kasih kepada barisan peguam saya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors di Shah Alam yang telah membantu saya dalam kes fitnah siber ini sejak setahun setengah yang lepas. Aqil banyak mengikut kes-kes selebriti dan orang ternama lain yang diwakili oleh peguam tersebut dan mereka berjaya memenangi kes-kes saman fitnah siber. Jadi keputusan hari ini menunjukkan yang Aqil telah melakukan keputusan yang tepat apabila melantik firma guaman ini.


“Terima kasih juga kepada pengurus krisis dan jurucakap Aqil dari firma pengurusan krisis PROPAGANDA yang memainkan peranan penting dalam memastikan reputasi Aqil dilindungi dan dipelihara sebelum, semasa dan selepas kes saman sivil ini. Melalui kepakaran mereka, semua salah tanggapan orang ramai telahpun ditangani dengan baik. Malah, Aqil sebenarnya sangat gembira kerana reputasi Aqil sebenarnya berjaya ditingkatkan melalui pengurusan krisis secara profesional semasa mengharungi kes mahkamah ini.


“Seterusnya terima kasih kepada semua pihak berkepentingan (stakeholders) yang menyokong Aqil semasa krisis undang-undang ini,” ujarnya.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dik menang saman jota2, mati la auntie soleha tu nk membayor
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah menang ABPBH pun tak kenal jugakkk... Tapi gila la sejuta... Bankrap la auntie tu nak mrmbayarnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
X gemar lah die ni....menjerit2 kat YouTube....menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect: Dah menang ABPBH pun tak kenal ...
glamer among budak2 & teenagers.. simple2 je video dia, bercuti, kehidupan seharian, main ngn budak2 jiran sebelah, fmly.. cuma dia ni mcm lmbut sket, adik laki dia lg extra sopan so abang ipar iols xgalakkan anak dia tgk utube aqil ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:56 PM | Show all posts
Anty solehah mai masuk porum la esok².
Hencap la tara mana nk hencap sapa² pon sampai muntah ijo.
Tp saman jgn xbayaq pulak nohhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau si saleha ni tak bayar pun ada tindakan apa apa ke i.e kena tangkap polis ke apa ke. takda kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 2-6-2023 08:35 AM
kalau si saleha ni tak bayar pun ada tindakan apa apa ke i.e kena tangkap polis ke apa ke. takda kan ...

Mestilah ada....kalau x byr...dia akan bankrap. Jgn main2 dgn perintah mahkamah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 08:46 AM | Show all posts
kaedahnya replied at 2-6-2023 08:35 AM
kalau si saleha ni tak bayar pun ada tindakan apa apa ke i.e kena tangkap polis ke apa ke. takda kan ...

haritu kat benang watie vs hana, iolss ada tanya "kalau watie kena jail, denda dia tu macam mana?" pastu ada sorang ni cakap, denda tetap kena bayar, walaupun dia kena jail.
rasanya kes acik ni pun lebih kurang je kot. tak bayar, masuk penjara, tapi tetap kena bayar denda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:10 AM | Show all posts
acik soleha camna tu???
satgi abis ler harta2 ko kena sita acik weeeyyyy..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 10:38 AM | Show all posts
apa masalah auntie soleha tu dgn dia? jiran ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 11:29 AM | Show all posts
ermm..next...loyer dia ni yg amik dulu kes bainun tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn bdk2 pun nk gaduh acik soleha ni. X padan dgn tua.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Acik Leha bitter dgn budak ni, aku kenal pun idak mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bayar, barang boleh kena sita. Silap2 rumah kena sita utk bayar saman… oleh itu berpada2 la kalau nak kecam orang… tegur dalam hati pun malaikat catat weh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan.. sejuta tu bkn sikit
Hati2 lah memberi ulasan di laman sosial nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
i lupa la kes ni pasal apa.. ada sesiapa boleh tolong recall balik??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
apa dendam acik soleha ngan budak ni?  x cukup youtube, tiktok pun dia guna utk sebar fitnah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:54 PM | Show all posts
anak buah I yg darjah 2 suka sgt ngan budak Aqil ni..
Iols yg tk kenal sape dia dah jadi kenal..kena paksa tgk vid budak ni~
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 04:01 PM | Show all posts
fuhhh sejuta tu
abis acik soleha nk gali mana rm1 juta
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.743365 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list