View: 158|Reply: 0
|
Sevilla temui formula, rangkul gelaran ketujuh Liga Europa
[Copy link]
|
|
PEMAIN meraikan kejayaan Sevilla merangkul gelaran ketujuh Liga Europa. -FOTO AFP
Budapest: Sevilla menemui formula ajaib Liga Europa apabila menewaskan Roma 4-1 menerusi penentuan penalti di Budapest dan menjadikan ia gelaran ketujuh daripada tujuh perlawanan akhir mereka dalam pertandingan itu.
Perlawanan akhir itu berkesudahan depan seri 1-1 apabila tamat masa tambahan selepas gol pembukaan Paulo Dybala sebelum pemain pertahanan Roma, Gianluca Mancini menjaringkan gol sendiri.
Perlawanan yang penuh kontroversi itu menyaksikan penjaga gol Yassine Bounou menjadi wira Sevilla apabila menyelamatkan dua percubaan berbahaya.
Gonzalo Montiel yang menjaringkan penalti kemenangan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022, menyempurnakan sepakan penalti selepas Mancini dan Roger Ibanez gagal melaksanakannya untuk Roma.
"Ini menakjubkan, saya tidak boleh meminta lebih," kata pemain tengah Sevilla, Erik Lamela.
"Perasaan ini sukar dipercayai. Kami akan sangat menikmatinya. Ia adalah permainan yang sukar untuk dimainkan. Roma bertahan dengan baik dan sukar untuk mencari ruang dan mencipta situasi."
Kemenangan itu adalah pencapaian luar biasa untuk Jose Luis Mendilibar, 62 tahun, yang hanya mengambil alih tugas di Sevilla pada Mac dan kini meraikan trofi utama pertamanya.
Namun ia kekalahan yang mengecewakan buat pengendali Roma, Jose Mourinho yang tewas di final Eropah buat kali pertama selepas lima kejayaan.
Sebanyak 13 kad kuning dilayangkan pada perlawanan itu, paling banyak dalam perlawanan Liga Europa UEFA.
Kemenangan itu menyaksikan Sevilla yang menduduki tangga ke-11 dalam La Liga dengan berbaki satu perlawanan akan bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ketujuh-liga-europa |
|
|
|
|
|
|
| |
|