CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Chelsea umum pelantikan Pochettino

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode

POCHETTINO dapat kepercayaan Chelsea.

London: Chelsea melantik Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu mereka hari ini dalam usaha memulihkan kembali reputasi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pochettino bersetuju dengan kontrak dua tahun berserta pilihan lanjutan setahun dan akan kembali ke saingan EPL empat tahun selepas dipecat Tottenham.

Pengendali berusia 51 tahun dari Argentina itu tidak bekerja sejak dipecat Paris Saint-Germain pada Julai 2022.

"Mauricio jurulatih bertaraf dunia dengan rekod cemerlang. Kami teruja membawanya ke kelab ini," kata pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly dan Behdad Eghbali dalam satu kenyataan.

Pochettino yang akan memulakan tugasnya pada 1 Julai menggantikan Frank Lampard selepas bekas pemain tengah England itu kembali ke Stamford Bridge sebagai pengendali sementara sehingga penghujung musim.

Lampard pengurus ketiga sepanjang kempen mengecewakan Chelsea yang menyaksikan Boehly memecat Thomas Tuchel pada September dan kemudiannya menyingkirkan penggantinya Graham Potter pada April hanya kurang tujuh bulan mengendalikan tugas.

Pochettino muncul calon pilihan selepas Chelsea berunding dengan bekas pengurus Sepanyol Luis Enrique dan Julian Nagelsmann yang dipecat Bayern Munich pada Mac.

Pochettino bersetuju secara lisan untuk mengendalikan Chelsea pada April tetapi pelantikannya ditangguhkan sehingga penghujung musim.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lantikan-pochettino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.286474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list