CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

United mampu halang City rangkul treble

[Copy link]
Post time 29-5-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode

TEN Hag bersama pemain selepas perlawanan terakhir liga menentang Fulham. -FOTO Reuters

Manchester, United Kingdom: Erik ten Hag memberitahu penyokong Old Trafford bahawa Manchester United mempunyai "peluang yang sangat baik" untuk memenangi Piala FA dan menamatkan usaha pesaing tempatan Manchester City untuk meraih treble.

United menamatkan Liga Perdana dengan bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Fulham 2-1 semalam dan kemenangan itu memastikan penamat di kedudukan ketiga dalam carta liga.

Mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara selepas menewaskan Chelsea Khamis lalu, United bagaimanapun ketinggalan apabila tandukan awal Kenny Tete meletakkan Fulham di hadapan.

Tetapi David de Gea kemudian menyelamatkan sepakan penalti Aleksandar Mitrovic sebelum gol daripada Jadon Sancho dan Bruno Fernandes mengesahkan kemenangan 2-1.

Ten Hag kini menjadi hero buat penyokong United selepas membimbing kelab itu merangkul kemenangan Piala Liga ke atas Newcastle Februari lalu dan ia menamatkan kemarau trofi selama enam tahun The Red Devils.

Beliau menegaskan mereka boleh menambah lebih banyak piala apabila mereka kembali ke Wembley minggu depan untuk perlawanan akhir Piala FA di mana pasukan Ten Hag menyasarkan untuk menggagalkan harapan City mencontohi kejayaan United yang diraikan pada 1998/99 iaitu meraih kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara dalam satu musim.

Mengucapkan terima kasih kepada pemain dan kakitangan United selepas De Gea meraih trofi Sarung Tangan Emas untuk rekod bersih terbanyak dalam Liga Perdana musim ini, pengurus United Ten Hag menumpukan perhatiannya kepada penyokong kelab.

"Jika anda menyokong kami, saya pasti kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk membawa kembali Piala (FA) ke Old Trafford," katanya disambut sorakan besar daripada penonton tuan rumah.

Pengendali Belanda itu menegaskan bahawa terdapat lebih banyak dakwaan tentang keupayaan mereka dengan Ten Hag memberitahu pada sidang akhbar selepas perlawanan: "Kami mengalahkan mereka pada Januari, tetapi saya fikir Man United dalam beberapa tahun terakhir sudah menewaskan City berkali-kali.

"Sudah jelas kami menentang pasukan terbaik pada masa ini tetapi masih ada peluang dan kami perlu mencari peluang itu dan kami perlu memberikan segala-galanya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... city-rangkul-treble
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.162549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list