CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Mommy… daddy mana?' - Anak Hawari

[Copy link]
Post time 28-5-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
'Mommy… daddy mana?' - Anak Hawari



Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



HANA menunjukkan gambar lukisan beliau bersama ayah, ibu dan adik berlatarbelakangkan gunung Everest. FOTO Danial Saad




Tasek Gelugor: "Mommy… daddy mana? Kenapa daddy tak balik lagi?" tanya anak sulung kepada peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023) Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di pergunungan Everest, sejak Jumaat minggu lalu.

Walaupun kurang mengerti apa yang sedang berlaku, pertanyaan Hana Sakeena Muhammad Hawari, 4, dengan menggunakan bahasa isyarat menunjukkan bahawa anak kecil itu mula merindui bapanya.

Isteri kepada Muhammad Hawari, Saffiyah Tang, 34, berkata, setiap malam dua anaknya bertanya mengenai keberadaan bapa mereka terutamanya Hana Sakeena sehingga meluahkannya dalam bentuk lukisan.

"Dua anak saya (Hana Sakeena dan Haris Suffian) setiap malam tanya mana Daddy mereka dan yang paling kerap adalah Hana yang rindunya sampai dia lukis gambar kami sekeluarga di satu kawasan pergunungan yang dia seakan-akan tahu bapanya ada dekat situ.

"Kami sekeluarga mempunyai masalah sama (OKU pendengaran) dan berinteraksi hanya menggunakan bahasa isyarat," katanya kepada pemberita menerusi perterjemahan anak saudaranya, Muhammad Danish Danial Muhammad Hafizul, 17, di rumah mertuanya di Kampung Permatang Kerai Besar, di sini, hari ini.

Terdahulu, keluarga Muhammad Hawari mendapat kunjungan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang tampil menghulurkan sedikit sumbangan.

Mengulas lanjut, Saffiyah berkata, dia sekeluarga kekal positif dengan berharap tempoh misi pencarian (SAR) suaminya dapat dilanjutkan sehingga Muhammad Hawari ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

"Saya harap permohonan untuk melanjutkan SAR mencari suami saya dapat dilanjutkan dan masa sama bagi mereka yang mengetahui berita mengenai kehilangan suami saya dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga.

"Emosi saya sebelum ini sangat tidak stabil selepas mengetahui berita kehilangannya apatah lagi dia janji nak balik awal dan minta sambutnya di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) namun lain pula yang jadi.

"Kali terakhir dia menghubungi saya pada 15 Mei lalu memaklumkan bahawa dia akan mulakan pendakian selepas itu tidak lagi yang mana saya hanya tahu berita dia berjaya menawan Everest melalui Facebook (FB) ME2023, tambahan pula di sana liputan telekomunikasi sangat terhad," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Hawari, Che Tom Hassan, 64, berkata, sehingga kini dia juga masih tidak mendapat petunjuk berhubung keberadaan anak lelakinya itu.

"Setiap hari makcik lakukan solat hajat dan bacaan Yasin tetapi tiada petunjuk. Makcik pun tidak mimpi apa-apa, namun makcik berharap sangat misi SAR diteruskan walaupun tahu tempat itu akan ditutup," katanya.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, beliau akan mengusahakan bantuan khidmat kaunseling kepada keluarga Muhammad Hawari bagi memberi sokongan berdepan dugaan yang sangat mencabar pada ketika ini.

"Apa yang berlaku memberi rasa trauma kepada keluarga ini dan saya akan cuba mengusulkan perkara ini untuk perhatian agensi lain khususnya meminta bantuan kaunseling untuk membantu menghadapi cabaran yang amat berat," katanya.

Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Nepal akan membuat permohonan permit khas bagi melanjutkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran ME2023, Muhammad Hawari 33, yang hilang di pergunungan Everest sejak Jumaat minggu lalu.

Muhammad Hawari berjaya menawan Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang keesokan harinya.



SAFFIYAH bersama Hana menunjukkan gambar terakhir kiriman Muhammad Hawari. FOTO Danial Saad






Disiarkan pada: Mei 28, 2023 @ 2:42pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2023 07:33 PM | Show all posts

CHE Tom (kiri) bersama isteri Hawari, Saffiyah Tang (kanan) dan dua cucunya, Hana Sakeena dan Haris Sufian. FOTO Danial Saad

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058595 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list