View: 179|Reply: 0
|
Guardiola percaya City mampu rangkul treble
[Copy link]
|
|
GUARDIOLA pernah merangkul 11 gelaran liga dalam 14 musim sebagai jurulatih. -FOTO AFP
Manchester, United Kingdom: Pep Guardiola percaya pemain Manchester Citynya bersedia untuk mengambil peluang yang ada seterusnya merangkul kejayaan treble bersejarah Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Juara Inggeris itu melakar kejuaraan liga ketiga berturut-turut dengan baki tiga perlawanan dan akan menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA dan Inter Milan dalam penentuan Liga Juara-Juara bulan depan.
Hanya United pernah melakukannya pada 1998/99 dalam bola sepak Inggeris sebelum ini.
"Semua orang tahu apa kedudukan kami. Ia datang sekali dalam seumur hidup," kata Guardiola.
"Sebaik sahaja kami berada di sana, pertama sekali anda perlu bertenang dan menikmati serta melakukan yang terbaik, tetapi tiada siapa yang boleh memastikan kami akan berada dalam kedudukan itu semula.
"Mereka sudah bersedia. Saya melihat banyak perkara - bagaimana mereka datang pada hari cuti untuk membuat rawatan, berapa jam yang tinggal untuk membuat rawatan, bagaimana pemain mengambil berat sama ada mereka mungkin dapat bermain atau tidak di final Piala FA dan final Liga Juara-Juara.
"Apabila anda melihat bahawa anda tidak perlu memberitahu apa-apa dan melakukan apa-apa."
Ketajaman Guardiola terhadap setiap perkara itu sering dipuji sebagai kunci kejayaannya.
Dalam pada itu, Guardiola berkata, tempoh rehat selepas aksi terakhir liga di Brentford esok adalah masa terbaik untuk melakukan persiapan menjelang dua perlawanan penting itu.
"Ketika saya mula berada di sini, ia seperti 'saya perlu menyediakan final. Saya perlu membuat banyak video'. Sekarang, ia benar-benar berbeza," kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu yang pernah menjuarai 11 gelaran liga dalam 14 musim sebagai jurulatih.
"Kami perlu mempunyai masa sendiri. Malah fisioterapi, doktor dan tukang masak kami, mereka sudah bekerja dengan gigih dalam tempoh ini. Mereka tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Mereka perlu masa itu.
"Jadi pergilah (meluangkan masa) bersama keluarga kamu. Jika hari itu baik, pergilah bermain golf, lakukan apa saja yang kamu mahu dan (dapatkan) kualiti (masa rehat) sebagai persiapan untuk final.
"Kembali dengan keadaan terbaik untuk aksi final nanti."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ampu-rangkul-treble |
|
|
|
|
|
|
| |
|