View: 176|Reply: 0
|
EPL: Rashford bersiap gempur Chelsea
[Copy link]
|
|
RASHFORD sudah kembali menjalani latihan sepanjang minggu ini, namun pasukan perubatan akan memastikan sama ada dia bersedia untuk turun berdepan Chelsea. – AFP
MANCHESTER – Manchester United menerima khabar gembira menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Old Trafford awal pagi esok selepas penyerang, Marcus Rashford dilaporkan cergas sepenuhnya.
Penyerang antarabangsa England itu tidak beraksi ketika United menewaskan Bournemouth 1-0 Sabtu lalu kerana belum pulih daripada kecederaan dialami selain berdepan masalah kesihatan.
Bagaimanapun, United tidak berdepan tekanan tinggi bertemu Chelsea nanti memandangkan mereka hanya memerlukan keputusan seri bagi memastikan slot ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
Pengurus United, Erik Ten Hag berkata, pasukan perubatan akan menilai terlebih dahulu tahap kecergasan Rashford sebelum membuat keputusan sama ada dia sempat cergas ataupun tidak sebelum pertemuan dengan Chelsea.
“Rashford sudah pun menjalani latihan sepanjang minggu ini, namun masih rasa tidak sihat. Oleh itu, kita perlu tunggu dan lihat dahulu sama ada dia boleh diturunkan pada perlawanan tersebut.
“Ia adalah perlawanan penting, jadi kami perlu berikan segala-galanya ketika bertemu Chelsea nanti. Ini adalah peluang kami untuk pastikan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan,” katanya.
Rashford pastinya memerlukan minit permainan ketika bertemu Chelsea nanti memandangkan United berada dalam fasa persiapan menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City 3 Jun depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... iap-gempur-chelsea/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|