View: 187|Reply: 0
|
City beri satu mata berharga kepada Brighton
[Copy link]
|
|
HAALAND hampir meledak hatrik ketujuh. -FOTO AFP
Brighton, United Kingdom: Pep Guardiola memuji barisan pemain Manchester City mengenepikan rasa mabuk selepas meraikan kejayaan mereka merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan keputusan seri 1-1 di Brighton seterusnya melebarkan rekod tanpa kalah kepada 25 perlawanan.
Guardiola bimbang pasukannya yang memburu treble mungkin mengalami mabuk di Sussex berikutan kegembiraan sambutan kejuaraan hujung minggu.
Satu mata juga sudah cukup untuk Seagulls menjamin kedudukan mereka di tempat keenam dalam carta dan mengesahkan tempat ke Liga Europa musim depan.
Phil Foden meletakkan juara liga itu di hadapan, tetapi Brighton berusaha keras untuk meraih satu mata yang terhasil melalui percubaan jarak jauh yang menakjubkan oleh Julio Enciso.
"Hanya 48 jam sebelum mereka meminum semua alkohol di Manchester," kata Guardiola. "Hari ini mereka menunjukkan mengapa mereka menjadi juara.
"Kami tidak meninggi diri dan banyak berusaha. Itulah sebabnya kami juara selama bertahun-tahun, pemain ini menunjukkan sesuatu yang istimewa."
Guardiola memberi pujian kepada pengendali Brighton, Roberto De Zerbi sebelum perlawanan dengan memuji pengendali Itali itu sebagai salah seorang pengurus paling berpengaruh sejak 20 tahun lalu.
Jurulatih City itu menunjukkan rasa hormatnya dengan memasukkan beberapa pemain bintang dalam pasukannya selepas kemenangan 1-0 ke atas Chelsea Ahad lalu untuk menjulang kejuaraan liga keempat dalam tempoh lima tahun.
Erling Haaland dimasukkan sebagai pemain gantian dari enam pertukaran dan hampir melakukan hatrik ketujuh musim dalam tempoh setengah jam.
Tetapi selepas permulaan yang perlahan, Brighton kemudian mula menyerang untuk memberi tekanan kepada pasukan Guardiola dengan beberapa percubaan berbahaya.
"Dalam setiap situasi, walaupun ketika keadaan sukar, kami tidak kehilangan rentak kami," kata De Zerbi.
Terdapat juga kebimbangan kecederaan kecil menghantui City menjelang perlawanan akhir Piala FA dan Liga Juara-Juara bulan depan membabitkan Foden, John Stones dan Bernardo Silva apabila pergerakan terbatas kerana masalah kecederaan dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.
"Kami perlu berhati-hati agar pemain hadir ke peringkat akhir pada tahap terbaik," tambah Guardiola.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rga-kepada-brighton |
|
|
|
|
|
|
| |
|