View: 297|Reply: 0
|
Sepanyol memang berdepan masalah perkauman - Rubiales
[Copy link]
|
|
VINICIUS memberi reaksi kepada penyokong Valencia. FOTO AFP
Madrid: Sepanyol mempunyai 'masalah' dengan perkauman, jelas presiden persekutuan bola sepak negara itu sehari selepas penyerang Real Madrid, Vinicius Junior sekali lagi menjadi sasaran laungan perkauman ketika perlawanan.
"Kami mempunyai masalah, kami mesti terlebih dahulu menyedari bahawa kami mempunyai masalah tingkah laku, pendidikan, perkauman," kata Luis Rubiales kepada pemberita di ibu pejabat persekutuan dekat Madrid.
"Selagi terdapat walaupun seorang peminat atau kumpulan yang tidak diingini yang melemparkan penghinaan terhadap orientasi seksual atau warna kulit seseorang, kami mempunyai masalah yang serius."
Vinicius sering dijadikan mangsa penderaan kaum di La Liga.
Insiden terbaru berlaku di Stadium Mestalla Valencia kemenangan 1-0 pasukan tuan rumah.
Vinicius bertindak berdiri di belakang gol berhadapan dengan penyokong dan menunjuk ke arah pelaku yang mengejeknya.
Perlawanan itu ditangguhkan selama beberapa minit pada separuh masa kedua.
Pengadil perlawanan, Ricardo de Burgos Bengoetxea memohon pegawai stadium untuk membuat pengumuman dan menggesa penghinaan perkauman dihentikan sebelum perlawanan disambung semula kira-kira 10 minit kemudian.
Selepas perlawanan, pengadil menulis laporan bahawa seorang peminat menjerit 'monyet, monyet' kepada pemain Real Madrid itu.
Vinicius dilayangkan kad merah pada masa tambahan pada penghujung permainan kerana pemain itu bertindak memukul Hugo Duro semasa pergaduhan berlaku.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -perkauman-rubiales |
|
|
|
|
|
|
| |
|