View: 879|Reply: 3
|
'Saya Harap Cikgu Hafal Surah Al-Kahfi Dan Al-Mulk, Sekarang Banyak Fitnah' - Budak Darjah 3
[Copy link]
|
|
Lain betul ucapan sempena Hari Guru seorang murid yang meluah perasaan sebenarnya yang tidak suka apabila diberi kerja sekolah.
Memang luar biasa! Lebih menghiburkan apabila kanak-kanak dipercayai di Tahun 3 itu menyarankan gurunya supaya menghafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk.
"Sekarang dah banyak fitnah.
"Saya ini bukan amalkan, cuma saya nak ingatkan. Selamat Hari Guru," kata murid itu mengakhiri bicara.
Individu yang berkongsi coretan itu di Twitter menyifatkan ucapan berkenaan sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
"Insaf cikgu. Benar anakku, kita di zaman fitnah," katanya.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, perkara yang menarik perhatian warga maya adalah penulisan murid itu walaupun mungkin kurang kemas tetapi ada keikhlasannya.
Sementara itu ada juga dalam kalangan netizen yang memandang serius tentang keluhan murid berkenaan mengenai kerja rumah kerana anaknya juga senasib.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti,kena la cuti, yang patut pantau anak buat ulang kaji masa ni mak ayah.
Kadang kesian juga kat cikgu, tak bagi kerja salah,bagi kerja pun salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu-cikgu memanglah beri kerja sekolah ikut matapelajaran yang mereka ajar. Kalau dah berkumpul matapelajaran yang berbeza memang jadi banyak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|