View: 161|Reply: 0
|
Liga Europa: Eriksen idam aksi final
[Copy link]
|
|
UNITED perlu memanfaatkan aksi pertama di laman sendiri dengan mencari lebih banyak gol sebelum aksi kedua di Ramon Sanchez-Pizjuan. – FB MANCHESTER UNITED
Liga Europa: Eriksen idam aksi final
MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen menggesa rakan sepasukan untuk meneruskan kemaraan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Sevilla di Old Trafford awal pagi esok.
Selepas terlepas aksi final Piala Liga Inggeris (EFL) Februari lalu akibat kecederaan, pemain antarabangsa Denmark itu berharap dapat bermain di perlawanan akhir saingan Liga Europa.
Justeru, dia yang baru sahaja pulih daripada kecederaan panjang berharap rakan sepasukan dapat membantunya untuk merasai suasana beraksi di perlawanan akhir sebelum saingan musim ini berakhir.
“Saya beritahu kepada rakan sepasukan supaya teruskan rentak kemenangan kerana hanya itu cara untuk kami melangkah lebih jauh dalam setiap pertandingan yang disertai pada musim ini.
“Jika mereka terus menang dalam setiap perlawanan, jadi ada peluang untuk saya bermain, mungkin sehingga ke perlawanan akhir. Sekarang saya sudah pulih, jadi inilah masa untuk kami terus beri tekanan,” katanya.
Sementara itu, Eriksen turut mendedahkan, dia tahu mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh panjang selepas penyerang Reading, Andy Carroll melakukan terjahan ke atasnya ketika kedua-dua pasukan bertemu Januari lalu.
“Memang saya sudah dapat rasakan sesuatu ketika menerima terjahan tersebut. Pada awalnya saya anggap ia kecederaan biasa, namun selepas melakukan imbasan, saya kecewa kerana dinasihatkan berehat panjang,” ujarnya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... en-idam-aksi-final/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|