CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Dominasi JDT daya tarikan nilai komersial Liga M

[Copy link]
Post time 14-4-2023 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Dominasi JDT daya tarikan nilai komersial Liga M


PEMAIN sayap JDT, Arif Aiman Hanapi (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO NUR AISYAH MAZALAN


Kuala Lumpur: Penguasaan berterusan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak satu dekad lalu tidak pernah membuatkan liga domestik kehilangan 'seri', mahupun nilai komersial.

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam yang menganggap kehadiran JDT dalam Liga M adalah punca utama mengapa nilai Liga M sentiasa meningkat saban musim.

Biarpun wujud dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dominasi skuad Harimau Selatan membuatkan penyokong hilang 'nafsu' menunggu hingga penghujung musim ekoran penguasaan kelab itu dari awal, ia langsung tidak mempengaruhi kemerosotan nilai liga tempatan.

Malah ia dibuktikan apabila dana agihan pendapatan setiap pasukan dalam Liga M musim ini meningkat berbanding musim lalu, sekali gus membuktikan betapa nilai komersial Liga M tidak pernah susut meskipun dimonopoli satu-satu pasukan.

"Mungkin ada yang berpandangan dominasi JDT akan menyebabkan Liga Malaysia berkurangan nilainya, tetapi jenama JDT itu sendiri adalah nilai komersial yang tidak ada tandingannya di Malaysia.

"Ia menjadi daya penarik buat penaja untuk turut serta dalam kejayaan ini.

"Oleh itu, JDT dilihat menampung kekosongan yang mungkin ditinggalkan penaja, malah mungkin boleh membawa nilai penajaan lebih tinggi kerana jenama JDT itu sendiri sangat kuat.

"Kita tidak boleh nafikan jenama JDT yang menakjubkan telah melonjakkan nilai komersial untuk Liga Malaysia ke tahap lebih tinggi.

"Kehadiran Harimau Selatan bukan sahaja menaikkan imej liga tempatan, malah pembabitan mereka di Liga Juara-Juara AFC membantu Liga Malaysia lebih dikenali," katanya.

Sebelum ini, semua 14 pasukan yang menyertai Liga Super bakal menerima peningkatan agihan pendapatan sebanyak 96.55 peratus berbanding jumlah 'distribution pool' yang diterima pasukan pada musim lalu.

Berdasarkan agihan kali ini, semua 14 pasukan akan menerima agihan rata sebanyak RM500,000.

Kemudian, bagi agihan merit pula menyaksikan tempat pertama akan meraih RM1.9 juta diikuti tempat kedua dengan RM1.4 juta, ketiga RM1 juta dan keempat RM700,000.

Ia disusuli tangga kelima dengan RM550,000, keenam RM500,000 dan tangga seterusnya ditolak 50,000 setiap tangga ke bawah hingga RM100,000 buat pasukan di kedudukan tercorot.

Nilai keseluruhan agihan dan hadiah kemenangan adalah berjumlah RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta pada musim lalu.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ai-komersial-liga-m

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list