CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Courtois terganggu Real Madrid tak gunakan kelebihan

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Chelsea, Raheem Sterling (kanan) gagal melepasi halangan dua pemain Real Madrid, Eder Militao dan Dani Carvajal pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara. Foto AFP

MADRID: Real Madrid berada dalam situasi selesa selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Chelsea pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara namun bagi penjaga gol pasukan, Thibaut Courtois, mereka terasa 'terganggu' kerana tidak mampu menambah lebih jaringan.

Jaringan Karim Benzema dan pemain simpanan Marco Asensio membolehkan pasukan penyandang juara itu mengawal permainan di ibu kota Sepanyol namun dengan Chelsea beraksi hanya 10 pemain lebih daripada setengah jam, Courtois mengharapkan keputusan yang berbeza.

"Setiap kali kamu bermain perlawanan kalah mati yang besar sebegini, kamu perlu menamatkannya dengan penuh sensasi, mungkin membenam mereka," kata bekas penjaga gol Chelsea, itu.

"Satu keputusan yang baik tetapi kami terganggu dengan fakta yang kami tidak menjaringkan gol ketiga ataupun keempat. Saya harap kami tidak menyesal kerana tidak dapat menambah lagi gol apabila kami bermain sekali lagi minggu depan."


Real mendominasi perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu manakala Chelsea turut mempunyai peluang mereka dan Courtois berjaya menafikan percubaan Raheem Sterling, hanya selepas jaringan pembukaan Benzema.

"Mereka mengancam kami dengan permulaan yang baik di mana mereka juga mampu melakukan serangan balas. Percubaan yang saya selamatkan itu dibuat selepas kami meledak jaringan," kata pemain berusia 30 tahun dari Belgium itu.

"Sekiranya mereka menjaringkan gol, ia mungkin memberikan kesan besar secara mentaliti. Saya bersyukur kerana dapat menghalangnya." - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan ... medium=terkinitabhp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.324369 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list