View: 152|Reply: 0
|
Ranjau berliku menanti Tuchel, Bayern
[Copy link]
|
|
TUCHEL (kanan) berkata sesuatu kepada penyerang Bayern dari Perancis, Kingsley Coman ketika menentang Manchester City. FOTO AFP
Berlin: Kekalahan 0-3 Bayern Munich di tangan Manchester City, awal pagi tadi, meletakkan mereka dalam tekanan pada aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), minggu depan.
Tetapi, jurulatih Thomas Tuchel berkata, dia jatuh cinta dengan komitmen ditunjukkan pemain Bayern.
Bekas pengurus Chelsea itu yang mula mengemudi Bayern sejak 24 Mac, bermula dengan buruk apabila Bayern tersingkir di tempat sendiri di tangan Freiburg pada kempen Piala Jerman, minggu lalu dan terlepas satu trofi musim ini.
Pada ketika nasib di UCL turut suram menjelang aksi kedua Rabu depan, Bayern dan Tuchel berdepan penyingkiran kali kedua dalam tempoh dua minggu.
"Semua orang nampak kami berusaha memastikan permainan memihak kepada kami," kata Tuchel, 49.
"Saya nampak banyak perkara baik dan enggan fokus kepada keputusan perlawanan hari ini. Saya bangga dengan cara kami bermain dan kami sangat berani. Saya sangat berminat dengan pasukan ini.
"Memang tugas berat menanti kami untuk mengubah keputusan, tetapi kami tidak akan menyerah kalah. Sudah tentu semua orang kecewa kerana ia tidak sepatutnya ketinggalan 0-3.
"Tetapi, di tempat sendiri di Jerman, ia adalah rumah bagi bola sepak Jerman. Ia belum berakhir sehinggalah kami mandi. Kami tidak akan mudah mengalah."
Pada ketika Tuchel memiliki kualiti mencukupi dalam skuadnya, dia harus membantu menamatkan terlalu banyak kesilapan di tengah padang, termasuk kesilapan pemain pertahanan, Dayot Upamecano yang membolehkan City menjaringkan gol kedua.
"Kami dihukum kerana kesilapan itu. Gol itu hadir secara tiba-tiba," kata Tuchel.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nanti-tuchel-bayern |
|
|
|
|
|
|
| |
|