CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Liverpool tarik diri buru Bellingham

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Dortmund, Jude Bellingham menjadi sasaran banyak kelab utama musim ini. - AFP

LONDON: Liverpool menamatkan usaha untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham, menurut laporan.

Pemain antarabangsa England itu dikatakan akan berpindah pada musim panas selepas minat ditunjukkan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dortmund dipercayai terbuka untuk menerima tawaran buat pemain tengah itu musim panas ini yang akan menjadi peluang terakhir buat mereka mendapatkan wang lumayan.

Bagaimanapun Liverpool tidak lagi berminat untuk mendapatkan tandatangan Bellingham kata The Times.


Skuad Reds sedang merancang untuk membina kembali bahagian tengah musim panas ini tetapi tidak mahu menghabiskan wang terlalu banyak untuk seorang pemain dengan Dortmund dikatakan meminta £130 juta (RM713.42 juta) buat Bellingham.

Mereka juga dikatakan tidak mahu berdepan perbincangan sukar terutama selepas Dortmund enggan mengalah.

Klopp meminati Bellingham tetapi Liverpool boleh bertukar kepada sasaran lebih murah seperti Mason Mount dan Youri Tielemans yang boleh diperoleh secara percuma.

Berita berkenaan boleh dianggap bonus buat kelab seperti Manchester United dan Chelsea, yang kedua-duanya berminat bagi mendapatkan pemain muda itu.

Real Madrid juga menyatakan minat mereka terhadap Bellingham tetapi enggan menepati tanda harga ditetapkan Dortmund. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... medium=terkinitabhp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058843 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list