View: 132|Reply: 0
|
Pioli yakin Napoli akan tampil berbeza
[Copy link]
|
|
Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli (kiri) ketika sesi latihan dekat Milanello, Milan, Itali. - REUTERS
MILAN: Stefano Pioli berkata hari ini bahawa dia tidak menjangkakan pasukannya AC Milan akan mengulangi persembahan baik dalam Serie A berdepan Napoli apabila mereka akan bertembung dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Milan meledak empat gol tanpa balas mengatasi pendahulu liga Itali itu awal bulan ini namun Pioli tidak merasakan Napoli terkesan dengan kekalahan itu pada pertembungan awal pagi Khamis ini di San Siro.
"Perlawanan dalam liga jelas memberikan kami idea, tapi tidak mungkin ia akan menjadi perlawanan yang sama," kata Pioli.
"Mereka adalah pasukan dengan jaringan terbanyak dalam Liga Juara-Juara selepas Bayern Munich yang menang paling banyak perlawanan, jadi mereka pasukan yang sangat bagus dengan kualiti hebat.
"Saya rasa kedua-dua pasukan ada peluang yang sama untuk mara. Saya menjangkakan dua perlawanan seimbang... saya boleh jangkakan sesuatu yang berbeza daripada Napoli, jadi kami perlu berhati-hati sama ada akan membuat perubahan daripada aksi liga."
Laporan terbaharu di Itali menyatakan Napoli akan beraksi tanpa bintang utama, Victor Osimhen, yang tidak mengambil bahagian dalam latihan hari ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... akan-tampil-berbeza |
|
|
|
|
|
|
| |
|