View: 167|Reply: 0
|
City hampiri separuh akhir Liga Juara-Juara
[Copy link]
|
|
HAALAND meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
Manchester: Manchester City sudah sebelah kaki ke separuh Liga Juara-Juara selepas menang 3-0 ke atas Bayern Munich pagi tadi sekali gus menjadi peringatan kecemerlangan pengurus, Pep Guardiola walaupun menunggu lama untuk menakluk Eropah.
Sudah 12 tahun berlalu sejak Guardiola kali terakhir menjulang trofi berkenaan sebagai pengurus Barcelona, di mana beliau sering dituduh merumitkan keadaan di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.
Ia termasuk ketika tersingkir di separuh akhir sebanyak tiga kali ketika menjadi pengurus Bayern dari 2014 hingga 2016.
Paling hampir buat Gurdiola meraih kejuaraan Liga Juara-Juara sekali gus menamatkan penantian City ialah ketika kalah kepada Chelsea 2021.
Pelantikan Tuchel sebagai bos Bayern kurang tiga minggu lalu kelihatan sangat menarik dengan pertalian ini.
Erling Haaland meledak jaringan ke-45 miliknya musim ini ketika City mencipta kelebihan 3-0 mengatasi Bayern daripada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara sebentar tadi.
Rodri dan Bernardo Silva juga menemui jaringan buat juara liga England itu, yang mengambil langkah besar untuk menguasai Eropah buat pertama kali.
Kemenangan begitu manis buat Guardiola apabila dia berdepan bekas kelabnya buat pertama kali sejak meninggalkan Bayern untuk ke Manchester pada 2016, namun dia memberi amaran bahawa tugasnya belum selesai.
"Saya berada tiga tahun di sana dan saya tahu di Eropah pasukan ini istimewa. Untuk mengalahkan pasukan seperti ini anda perlu dua perlawanan yang bagus bukan hanya sekali," kata Guardiola.
"Saya tahu apa yang kami perlu lakukan di sana, mereka berupaya meledak satu, dua, tiga gol. Kami perlu bermain dengan personaliti yang besar."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ir-liga-juara-juara |
|
|
|
|
|
|
| |
|