View: 164|Reply: 0
|
'Keinginan sahaja tidak cukup untuk menang Liga Juara-Juara'
[Copy link]
|
|
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pada sidang akhbar di pusat latihan Manchester City di Manchester. - AFP
LONDON: Manchester City terdesak untuk menang Liga Juara-Juara buat kali pertama namun keinginan sahaja tidak cukup bagi mencipta kejayaan di Eropah itu kata pengurusnya, Pep Guardiola menjelang pertemuan suku akhir pertama menentang Bayern Munich awal pagi Rabu ini.
Guardiola sudah menang empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Piala FA dan Piala Liga bersama City namun kejayaan di Eropah masih gagal dicapai oleh pengurus itu yang dua kali pernah merangkul kejuaraan selaku pengurus Barcelona.
Di bawah kendalian pengurus dari Sepanyol itu, City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali keenam berturut-turut dan pencapaian terbaik kelab England itu ialah naib juara pada 2021.
Ketika ditanya adakah dia amat mahukan gelaran Liga Juara-Juara bersama City, Guardiola memberitahu wartawan "sangat mahukannya."
"Kami akan cuba. Satu penghormatan berada di sini menentang kelab elit, Bayern Munich. Kami tidak akan ambil mudah. Kami akan bermain dua perlawanan. Bermula esok," katanya.
"Persoalan ditanya setiap musim. Kami cuba setiap musim. Pasukan yang anda tentang juga bagus dan mereka juga mahu menang. Impian saya ialah melakukannya sekali lagi. Kami mahu mencuba tetapi ia tidak bermakna kami akan menang.
"Michael Jordan menang enam gelaran NBA, berapa tahun dia bermain? 16." - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-liga-juara-juara |
|
|
|
|
|
|
| |
|