View: 151|Reply: 0
|
Silva kembali perkuat Chelsea
[Copy link]
|
|
Thiago Silva (kanan) akan kembali memperkuat Chelsea kendalian Frank Lampard (kiri). - Foto AGENSI
LONDON: Chelsea mendapat berita gembira menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Real Madrid apabila pemainnya, Thiago Silva kembali menjalani latihan bersama skuad utama.
Pemain 38 tahun itu tidak dapat bersama pasukan sejak lututnya cedera pada Februari tetapi kini sudah kembali cergas sepenuhnya.
Masih belum dapat dipastikan sama ada bek tengah Chelsea itu akan memulakan permainan tetapi dia dilihat memainkan peranan itu ketika latihan.
Ketika cergas, Silva adalah pemain yang paling banyak memainkan peranan musim ini. Dia antara tonggak penting Chelsea ketika memenangi kejohanan itu pada tahun 2021.
The Blues turut merana sepanjang ketiadaannya. Mereka hanya mengutip satu mata dan tiada sebarang gol sepanjang tiga perlawanan lalu.
Kepulangan Frank Lampard sebagai pengendali sementara menunjukkan sedikit peningkatan ketika mereka tewas 1-0 kepada Wolves, Sabtu lalu.
Chelsea kini di tangga ke-11 liga, dan jumlah mata dikutip lebih hampir kepada zon penyingkiran berbanding kelompok empat teratas.
Chelsea sudah dua kali memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebagai pasukan bukan pilihan, dan Lampard yakin pasukannya tidak akan mudah diratah Real.
"Kalau takut jangan datang. Pemain-pemain juga tidak sepatutnya rasa begitu. Saya tidak kata pasukan ini tidak mempunyai kemampuan, cuma mahu merealisasikannya. Rabu ini akan menampilkan permainan berbeza sama sekali," kata Lampard kepada penyokong. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ali-perkuat-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|