View: 139|Reply: 0
|
EPL: Howe akui hadapi ‘masalah’ terbaik
[Copy link]
|
|
ISAK turut berjaya mempamerkan ketajaman setiap kali diturunkan untuk mengetuai jentera serangan Newcastle. – FB NEWCASTLE UNITED
NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe kini berdepan dilema untuk menurunkan sama ada Callum Wilson atau Alexander Isak mengetuai jentera serangannya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford malam ini.
Bagaimanapun, Howe, 46, gembira dengan ‘masalah’ tersebut kerana menyedari dua penyerangnya itu berada pada tahap terbaik dan terbukti mampu menjaringkan gol setiap kali mereka diberikan peluang beraksi.
Wilson, 31, sudah merakam 10 gol musim ini termasuk tiga gol dalam dua aksi terakhir Newcastle, manakala Isak, 24, tidak kurang hebatnya dengan tujuh jaringan dan turut meledak satu ketika menewaskan West Ham United 5-1 kelmarin.
“Saya tidak mahu membuang masa memikirkan siapa yang akan diturunkan menentang Brentford. Buat masa ini saya mahu menikmati prestasi cemerlang kedua-dua penyerang ini.
“Mereka adalah ‘masalah’ terbaik dan saya gembira berada dalam situasi ini. Saya pernah berdepan situasi lebih sukar tanpa seorang pun pemain untuk mengisi kekosongan posisi.
“Mereka berdua adalah aset utama pasukan ini. Saya akan membuat keputusan yang terbaik buat semua pihak untuk perlawanan seterusnya,” kata Howe.
Bekas pengendali Bournemouth itu juga berdepan dilema di posisi tengah sama ada menyenaraikan Joelinton atau Joe Willock dalam kesebelasan utama menentang Brentford di Stadium Komuniti Brentford malam ini.
Joelinton, 27, berjaya mencetak dua gol ke atas West Ham sementara Willock, 24, membuka tirai jaringan buat The Magpies ketika menewaskan Manchester United 2-0 tiga hari sebelum itu.
Sebagai rekod, Newcastle ketika ini menghuni tangga ketiga EPL dengan 53 mata dan berada pada landasan tepat untuk meraih slot ke pentas Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... pi-masalah-terbaik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|