View: 141|Reply: 0
|
Chelsea mula buru pengganti Potter
[Copy link]
|
|
CHELSEA giat mengenal pasti jurulatih mahupun pengurus untuk dilantik mengemudi kelab dengan tarikh tutup
permohonan pada 12 April ini.
LONDON – Pengurusan tertinggi Chelsea memulakan langkah awal dalam usaha melantik pengurus baharu dengan meletakkan senarai pendek lima calon utama untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Graham Potter yang dipecat kelmarin.
Pemilik bersama skuad The Blues, Todd Boehly dan Behdad Eghbali dilaporkan telah menyerahkan kuasa kepada pengarah sukan, Laurence Stewart serta Paul Winstanley untuk menjalankan proses temu duga dalam masa terdekat.
Difahamkan, pengurusan tertinggi Chelsea sangat berminat untuk menandatangani khidmat pengendali muda dari Jerman, Julian Nagelsmann yang baru dipecat oleh kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich pada minggu lalu.
Namun, Nagelsmann dilaporkan telah menolak tawaran tersebut kerana mahu berehat sehingga penghujung musim ini sebelum membuat keputusan rasmi mengenai masa depan kariernya dalam masa terdekat.
Selain Nagelsmann, dua lagi calon utama yang memiliki pengaruh besar dalam bola sepak antarabangsa adalah bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) dari Argentina, Mauricio Pochettino yang masih bergelar ejen bebas ketika ini.
Malah, nama bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique juga dikaitkan ke Stamford Bridge selepas menyatakan minat untuk mengasah taring dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.
Dua lagi calon yang kurang popular dalam kalangan peminat Chelsea seperti pengendali Napoli, Luciano Spalletti serta jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim juga diletakkan dalam senarai pendek oleh pihak pengurusan.
The Blues sememangnya terdesak untuk mendapatkan pengendali baharu secepat mungkin memandangkan beberapa pasukan utama Eropah seperti PSG, Real Madrid dan Tottenham Hotspur turut merancang untuk merombak barisan kejurulatihan mereka musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... u-pengganti-potter/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|