CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5598|Reply: 0

Potter yakin Chelsea kembali dapat rentak

[Copy link]
Post time 12-3-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

Pertahanan Chelsea, Ben Chilwell meraikan kemenangan ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester. - Foto AFP

LONDON: Pengendali Chelsea, Graham Potter memberi amaran yang skuad kendaliannya sudah menemui rentak sebenar selepas kemenangan 3-1 di Leicester.

Ben Chilwell, Kai Havertz dan Mateo Kovacic menemui sasaran untuk kemenangan ketiga berturut-turut dan memberi nafas baharu buat mereka musim ini.

Patson Daka meledak gol tunggal Leicester yang kini berada hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Leicester kendalian Brendan Rodgers turut menyaksikan pemain mereka, Wout Faes dilayangkan kad merah di akhir permainan di Stadium King Power itu.


Ia adalah kali kedua Chelsea berjaya menjaringkan tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, dan hadir selepas kemenangan ke atas Leeds dan Borussia Dortmund.

"Ia adalah persembahan berpasukan sepanjang minggu, mengambil sedikit masa untuk dibentuk tetapi semangat pemain-pemain kini semakin melonjak.

"Saya suka melihat kerjasama mereka, saling membantu satu sama lain, bersaing untuk bermain dan sentiasa bersedia.

"Saya gembira dengan sikap mereka selepas mengharungi tempoh sukar sebelum ini, dan minggu ini cukup positif.

"Tiga kemenangan dicatat, bermula dengan persembahan meyakinkan bertemu Leeds, kemudian Dortmund dan untuk diteruskan hari ini bukan sesuatu yang mudah.

"Kami mengharungi minggu yang baik. Kami hanya berpeluang menjaringkan lebih banyak gol, tetapi mereka juga berjuang habis-habisan.

"Perlawanan cukup seimbang tetapi kualiti kami yang membawa kami kepada kemenangan," kata Potter.

Chilwell membuka jaringan pada minit ke-11 selepas menerima hantaran Kalidou Koulibaly.

Percubaan penyerang Chelsea, Joao Felix terkena tiang dan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebelum Daka menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Leicester menggandakan asakan dan Kepa Arrizabalaga dipaksa bekerja keras oleh James Maddison serta Kelechi Iheanacho, namun mereka akhirnya ketinggalan sebelum rehat.

Hantaran Enzo Fernandez berjaya melepasi benteng The Foxes dan Havertz menyempurnakan peluang terhidang untuk gol kedua Chelsea.

Kovacic kemudian memastikan kemenangan buat The Blues sebelum Faes dilayangkan kad kuning kedua.

"Jika anda fikir tentang permulaan musim, kami mengharungi enam perlawanan dan hanya mengutip satu mata.

"Kami membuktikan yang kami mampu berjuang dengan kental dan itu yang diperlukan sekarang.

"Kami akan terus berjuang dan masih banyak mata untuk dikumpul. Apa yang perlu ialah sokongan peminat di laman sendiri," kata Rodgers. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... embali-dapat-rentak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197980 Replies : 4616
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 4750 Replies : 8
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 3030 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 5252 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30726 Replies : 167

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list