View: 5229|Reply: 0
|
Martinez lelong sarung tangan final Piala Dunia untuk hospital kanser
[Copy link]
|
|
MARTINEZ menyelamatkan sepakan penalti diambil pemain Perancis, Kingsley Coman di final Piala Dunia Qatar 2022. FOTO FAIL AFP
Buenos Aires: Sarung tangan dipakai penjaga gol Argentina, Emiliano 'Dibu' Martinez ketika penentuan sepakan penalti mendebarkan menentang Perancis di final Piala Dunia Qatar, tahun lalu, dilelong AS$45,000 (RM203,000) untuk hospital kanser kanak-kanak, semalam.
"RM203,000 untuk sarung tangan Dibu bagi membantu anak-anak di Garrahan!" kata Yayasan Pediatrik Argentina menerusi Instagram, merujuk kepada wad onkologi di Hospital Garrahan iaitu hospital pediatrik terbesar di Argentina.
Lelongan itu diadakan secara atas talian, semalam yang menyaksikan Martinez muncul menerusi rakaman video dari rumahnya di England, apabila dia beraksi bersama Aston Villa di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sarung tangan itu dipakai Martinez ketika penentuan sepakan penalti menentang Perancis di final apabila Argentina menang 4-2, sekali gus memastikan pasukan diketuai Lionel Messi menjulang trofi selepas perlawanan terikat 3-3 sehingga masa tambahan.
"Saya tidak teragak-agak apabila mereka memberikan saya pilihan untuk menderma sarung tangan Piala Dunia itu dan ia perkara baik buat kanak-kanak berkenaan," kata penjaga gol itu.
Martinez membuat autograf di bahagian da;am sarung tangan itu apabila mengumumkan mengenai sumbangan itu, bulan lalu.
"Final Piala Dunia tidak diadakan setiap hari, jadi sarung tangan itu sangat istimewa. Tetapi, ia lebih banyak membantu kanak-kanak terbabit berbanding jika saya menggantungkan di dinding di rumah saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... unia-untuk-hospital |
|
|
|
|
|
|
| |
|