CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 1

[Perak] Abang 'pulang' lebih awal

[Copy link]
Post time 31-12-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Kulim: "Sepatutnya arwah abang pulang ke kampung hari ini, tetapi dia pulang lebih 'awal' selepas pergi buat selamanya Rabu lalu," kata Siti Sarah Usoff, 42.

Siti Sarah adalah adik kepada Allahyarham Abd Aziz Usoff, 49, yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Selangor, yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Rabu lalu.

Abd Aziz adalah antara pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, dua minggu lalu.


Siti Sarah berkata, pemergian abangnya yang juga anak kesembilan dari 11 beradik itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana arwah tidak pernah sakit sebelum ini.

Katanya, kali terakhir abangnya pulang ke kampung pada 13 Oktober lalu, untuk menyambut hari kelahiran ibu mereka, Salasiah Samsudin, 87.

"Biasanya kalau abang balik kampung, dia yang selalu sibuk memasak pelbagai hidangan di dapur atau mengajak ahli keluarga lain makan di luar.

"Dia memang seorang yang baik dan ceria selain rajin bekerja. Dia sempat memaklumkan akan balik bersama keluarga ke kampung hari ini.

"Kami juga tak sabar hendak dengar kisahnya ketika operasi SAR Batang Kali, tetapi tak sangka dia pergi dahulu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Penyengat, Karangan, di sini, hari ini.

Siti Sarah berkata, kira-kira 10 hari sebelum pemergian arwah, dia sempat berbual dengan abangnya menerusi WhatsApp untuk bertanyakan mengenai operasi SAR Batang Kali dan abangnya beritahu semuanya dalam keadaan baik.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah dan bangga kerana dia pergi selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pegawai bomba.

Abd Aziz meninggal dunia pada jam 7.55 pagi Rabu lalu, dan jenazahnya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Jamek Nurul Iman, Rawang, untuk disolatkan.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Kob pada malam Rabu lalu.


ABD Aziz (kanan) yang meninggal dunia akibat sakit jantung Rabu lalu. FOTO Zuliaty Zulkiffli.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lebih-awal-metrotv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2022 12:31 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list