CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Selangor] JKNS kesan 406 produk makanan rosak, tamat tarikh luput

[Copy link]
Post time 24-12-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesan 406 produk makanan yang rosak dan tamat tarikh luput masih dipamerkan untuk dijual, hasil Operasi Keselamatan Makanan dilaksanakan bersempena perayaan Krismas pada Khamis dan semalam.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata operasi itu membabitkan pemeriksaan 36 premis yang meliputi pasar raya, pasar mini dan kedai runcit bagi pemantauan terhadap 6,127 produk makanan dan 944 hamper makanan keseluruhannya.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran tempatan adalah selamat dan berkualiti selaras dengan keperluan yang termaktub mengikut Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya.

"Daripada jumlah produk makanan berkenaan, 262 didapati tamat tarikh luput manakala 144 dikesan mempunyai bungkusan yang rosak seperti tin kemek, kembung dan bekas yang rosak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kesemua produk makanan berkenaan bernilai RM11,378.46 kemudian diarah supaya dialihkan daripada rak pameran jualan untuk disita mengikut Seksyen 4(1)(f) dan persetujuan pelupusan mengikut Seksyen 4(8), Akta Makanan 1983.

"Sebanyak 12 Notis 32B kesalahan di bawah Peraturan 10(b), Peraturan 11(1)(), Peraturan 14(9)(b) dan Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dikeluarkan semasa operasi ini dengan nilai kompaun yang ditawarkan adalah RM35,500.

"Sekiranya Orang Kena Notis (OKN) gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang diberikan tindakan selanjutnya akan diambil dengan prosiding pendakwaan di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sha'ari berkata, operasi itu dilaksanakan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) negeri bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pintu masuk seluruh Selangor.

Dr Sha'ari menegaskan, JKNS sentiasa peka terhadap status keselamatan dan kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai, khususnya membabitkan aspek berkaitan tarikh luput dan integriti bungkusan makanan yang berada di pasaran.

Justeru katanya, JKNS akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai Operasi Keselamatan Makanan musim perayaan secara berkala dan berterusan sepanjang tahun.

https://www.bharian.com.my/berit ... -tamat-tarikh-luput
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051769 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list