CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Selangor] Ingatkan pasangan kekasih, rupanya...

[Copy link]
Post time 22-12-2022 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Azriel bersama Rusjalifa. FOTO IHSAN MUHAMMAD AZRIEL SHAFIQ MOHD ASRI



Petaling Jaya: Sekali imbas, Muhammad Azriel Shafiq Mohd Asri dan Rusjalifa Jamaluddin nampak seperti pasangan bercinta.

Hakikatnya, mereka berdua anak beranak dengan jurang umur 24 tahun tetapi nampak sebaya kerana wajah dan penampilan Rusjalifa, 48, persis wanita muda.

Dua beranak itu mendapat perhatian netizen selepas Muhammad Azriel Shafiq, 24, berkongsi gambar dengan ibunya di kumpulan Edit Apa Hari Ni (EAHN) di Facebook (Fb), baru-baru ini.


Berkongsi kisahnya, Muhammad Azriel Shafiq yang menetap di Damansara Damai, di sini berkata, tujuannya berkongsi gambar dengan ibu di kumpulan berkenaan adalah sekadar untuk melihat reaksi pengikut kumpulan itu.

"Saya sudah lama menjadi pengikut kumpulan berkenaan dan sering lihat orang lain kongsi gambar di situ.

"Jadi, saya pun cuba beranikan diri kongsi dengan gambar dengan emak kerana nak tengok juga apa pandangan orang.

"Ada komen positif, tidak kurang juga negatif dengan mengatakan emak cantik tetapi saya tidak (kacak) tetapi saya terima saja.

"Bagaimanapun, kebanyakan komen mengatakan kami macam pasangan dan bukan emak dan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia tidak terkejut apabila ada yang mengatakan dia dan ibunya seperti pasangan bercinta atau suami isteri kerana ramai beranggapan begitu sebelum ini.

"Sebenarnya, ramai yang pernah salah sangka dengan saya dan emak apabila kami keluar bersama malah sudah jadi satu kebiasaan apabila ada yang menganggap kami pasangan bercinta.

"Kawan emak sendiri pernah keliru apabila nampak kami bersama dan tanya siapa saya dengan emak untuk dapatkan kepastian.

"Kelakar juga namun saya faham mengapa ada salah sangka kerana emak jenis yang suka bergaya jadi sedikit sebanyak nampak dia jauh lebih muda daripada usia sebenarnya," katanya yang juga pemegang Diploma Pengurusan Automatif lulusan Universiti DRB-HICOM di Pekan Pahang dan mencari rezeki dengan berniaga takoyaki sejak dua tahun lalu.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gan-kekasih-rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066690 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list