CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Selangor] 'Pengikut ajaran perlu bayar wang untuk taubat'

[Copy link]
Post time 22-12-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Ajaran Millah Abraham@ibrahim yang difatwakan sebagai sesat bukan hanya licik dan mengancam keselamatan negara, malah memberi implikasi kepada sifat taksub melampau dan fenomena 'takfir' (kafir mengkafir) dalam kalangan masyarakat Islam.

Justeru, Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS) berkata, kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama bersama pelbagai agensi kerajaan termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu diperkukuhkan lagi.

"Ini bertujuan memantau gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan ajaran sesat lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

"Tindakan tegas terhadap pengikut dan pemimpin gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan ajaran sesat lain yang terbabit perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan," katanya melalui Facebook hari ini.


Mengulas mengenai ajaran itu, MAIS berkata Millah Abraham@Ibrahim bukan sekadar menetapkan pengikutnya untuk membayar wang bagi tujuan taubat, malah perlu menuntut cerai ke atas pasangan yang tidak menyertai gerakan itu.

Menggunakan medium kelas Al-Quran dalam talian untuk menarik pengikut baharu, katanya modus operandi digunakan ajaran Millah Abraham@Ibrahim terbahagi kepada tiga iaitu indoktrinasi ahli, propaganda dan perkaderan ahli.

Ajaran Millah Abraham@Ibrahim dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diterajui Ahmad Musodiq. Ajaran itu dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon di Jawa Barat, Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.

Mereka meyakini ajaran itu lurus lagi benar selepas jatuhnya kerajaan Islam Abbasiyah, manakala Islam yang diamalkan hari ini adalah palsu. Dakwaan itu mengakibatkan sesiapa sahaja selain daripada pengikutnya menjadi sesat.

Pada 17 September 2015, fatwa diwartakan menegaskan beberapa perkara berhubung ajaran Millah Abraham@Ibrahim.

Antaranya, Islam dibawa Nabi Muhammad SAW berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baharu iaitu Millah Abraham@Ibrahim, selain menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran itu sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran Millah Abraham@Ibrahim.

MAIS berkata, kumpulan ajaran sesat itu juga menafikan kefarduan solat lima waktu dan solat Jumaat, selain mewajibkan bai'ah dan berpegang dengan bai'ah.

"Mereka terlalu taksub dengan dakyah sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak ajaran Millah Abraham@Ibrahim ini, malah menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi," katanya.

Selain itu, MAIS juga memaklumkan ajaran Millah Abraham@Ibrahim menyasarkan golongan muda sebagai wadah untuk dakyah yang dibawa serta mempunyai unsur militan yang sesat dan membahayakan.

"Kumpulan ini juga bersembahyang melalui penyampaian makna dalam bahasa Melayu, selain tidak berpegang kepada Hadis Nabi SAW," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... r-wang-untuk-taubat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.234116 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list