CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Perak] Suspek keempat ditahan polis

[Copy link]
Post time 30-11-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Bagan Serai: Suspek keempat kes tetak dan samun yang melarikan diri, Ahad lalu ditangkap polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusof berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Butterworth.

Menurutnya suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini.


Dalam kejadian Ahad lalu, pemborong sayur parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di Pasar Awam Parit Buntar selain kerugian RM15,000 apabila rantai dipakainya diragut kumpulan perompak itu.

Bagaimanapun tiga dari empat suspek yang melakukan kegiatan itu ditahan polis di lokasi kejadian.

"Bagi tangkapan terdahulu iaitu tiga suspek berusia lingkungan 47 hingga 63 tahun, kesemua mereka direman selama lima hari bermula 28 November hingga 2 Disember," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Ketua Polis Perak, Dato Mohd Yusri Hassan dalam satu kenyataan menegaskan hasil siasatan terhadap tiga suspek awal mendapati kumpulan ini melakukan 11 kes rompakan.

Menurutnya ketiga-tiga suspek itu juga positif dadah jenis Methamphetamine dan Morphine.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empat-ditahan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 1.191266 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list