CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 1

[Selangor] Kad ATM tertinggal atas menu, orang belakang guna beli burger

[Copy link]
Post time 14-11-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Wanita bertudung biru didakwa menggunakan kad debit milik lelaki berbaju putih di kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.



PETALING JAYA – Seorang wanita ‘kantoi’ menggunakan kad ATM milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Menurut lelaki berkenaan, sebelum kejadian, wanita bertudung biru itu beratur di belakangnya bersama seorang lelaki yang sedang mendukung bayi.

“Semalam saya makan di WoodFire di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan Johor Darul Takzim dan Persis Solo.

“Saya memakai baju putih dan kad debit tertinggal di atas menu.

“Pencuri (wanita bertudung biru) selamba menggunakan kad debit saya yang tertinggal untuk beli burger,” katanya di laman Twitter.

Difahamkan, kad yang dicuri oleh wanita itu turut digunakan untuk pembelian yang lain sebelum dia sempat menyekat kad debit tersebut.

Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai menghubunginya jika mengenali pencuri wanita dan lelaki yang bersamanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... g-guna-beli-burger/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 11:47 AM | Show all posts
kad yang dicuri oleh wanita itu turut digunakan untuk pembelian yang lain sebelum dia sempat menyekat kad debit tersebut.


wow

joli

kak lupa ka zaman skrg CCTV banyak... buat keja x clean.. so bodo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.171706 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list