CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3279|Reply: 1

[Tempatan] Warga rohingya jual minyak masak bersubsidi di kawasan penempatan haram Sentul

[Copy link]
Post time 28-5-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Nur Arina Asbar - 28 May 2024



Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh melihat dan menunjukkan minyak subsidi yang dijual dalam kawasan tempat tinggal PATI di Kawasan Kuari, Sentul, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024.



KUALA LUMPUR – Minyak masak paket bersubsidi yang dikhaskan untuk warga tempatan, dipercayai dijual oleh warga asing yang mendiami kawasan penempatan haram di sekitar Sentul.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya mendapat serbuan ke atas penempatan haram tersebut terdapat lima buah kedai runcit yang menjual barangan seperti beras, mi segera dan barangan lain.

“Apa yang jelas semasa pemeriksaan tadi, kita dapati, mereka menjual sirih, kapur dan pinang dalam jumlah yang banyak,” katanya ketika Ops Kutip malam tadi.



Sebahagian minyak paket subsidi yang dijual dalam kawasan tempat tinggal PATI di Kawasan Kuari, Sentul, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024.


Selain Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Gerakan Am, (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut membuat pemeriksaan ke atas 124 orang warga asing yang terdiri daripada Myanmar, Indonesia dan India.

Katanya, warga asing tersebut dikatakan membayar sewa kira-kira RM400 sebulan daripada seorang lelaki warga tempatan untuk menduduki kawasan tersebut.

Tambah beliau, terdapat juga antara mereka yang bekerja di luar dan pulang ke kawasan tersebut selepas habis bekerja.



“Kesemua mereka akan dibuat dokumentasi dengan semua rekod yang diambil untuk kita tahu berapa ramai yang kita akan tahan,” katanya.



Beliau menambah, sebahagian warga asing dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

“Kesalahan yang kedua adalah di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa.

“Kerjasama antara pihak PGA, Imigresen dan PBT akan diteruskan untuk menangani isu kebanjiran warga asing di ibu kota,” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MALAYSIA VOLE....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051225 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list