CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3137|Reply: 0

[Dunia] Polis berkas 2 lelaki bom restoran KFC

[Copy link]
Post time 28-5-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh KOSMO
28 Mei 2024, 9:32 am



Gambar menunjukkan restoran KFC di Baghdad selepas menjadi sasaran pengeboman pada Sabtu lepas.  - Iraqi Bantz


BAGHDAD – Pasukan keselamatan Iraq menangkap dua lelaki bersenjata yang menyerang sebuah cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Baghdad.

Dalam laporannya semalam, laman berita Middle East Monitor melaporkan bahawa serangan itu berlaku pada Sabtu lepas.


Polis Baghdad berkata, dua suspek itu yang menaiki sebuah motosikal, membaling bom buatan sendiri ke arah restoran KFC di Jalan Palestin.


Suspek dikenal pasti berdasarkan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Serangan menyebabkan kerosakan pada premis tersebut tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Selain menahan kedua-dua suspek, polis turut merampas dua pucuk pistol milik mereka.

Sementara itu, rakaman CCTV berasingan menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan yang marah,  menyerbu dan merosakkan restoran makanan segera tersebut, berikutan pembunuhan beramai-ramai di Rafah kelmarin.

KFC merupakan rangkaian restoran makanan segera popular dan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Francais itu ialah antara beberapa jenama besar yang berdepan gesaan boikot berikutan dakwaan tanpa bukti bahawa ia menyalurkan sumber  kewangan kepada Israel.

Boikot tersebut memberi kesan ketara kepada pendapatan rangkaian makanan segera popular yang lain seperti McDonald’s dan Starbucks, khususnya di dunia islam.

Iraq merupakan antara negara penyokong kuat perjuangan Palestin. – AGENSI  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054834 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list