CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Selangor] Bayar 'wang pengeras' hingga RM6,000 menyeludup masuk ke Malaysia

[Copy link]
Post time 18-10-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode

PATI yang ditahan di Terminal Bas Shah Alam. FOTO Ihsan JIM

Shah Alam: RM5,000 hingga RM6,000 'wang pengeras' dikenakan sindiket untuk warga Myanmar yang mahu menyeludup ke negara ini tanpa melalui prosedur sah.

Bagaimanapun, sindiket didalangi seorang lelaki Kemboja berusia 47 tahun akhirnya tumpas dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Terminal Bas Shah Alam dijadikan lokasi untuk mengumpulkan warga Myanmar yang baru tiba di negara ini sebelum diserahkan kepada majikan masing-masing.


Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan maklumat yang dikumpul Bahagian Perisikan dan Operasi Khas.

Menurutnya, dalam serbuan 7 malam itu, enam warga asing termasuk ejen berusia 18 hingga 44 tahun ditahan sebaik turun keluar dari terminal bas berkenaan.

Beliau berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) masing-masing dua lelaki dan tiga wanita itu dipercayai baru masuk ke negara ini secara tidak sah melalui lorong tikus di sempadan Malaysia – Thailand.

"Semakan lanjut mendapati semua warga Myanmar yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan hasil soal siasat mendapati mereka baru tiba di negara ini pada Ahad lalu melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Semakan ke atas ejen warga Kemboja mendapati beliau masuk ke negara ini pada Julai lalu menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS)," katanya, hari ini.

Beliau berkata, sindiket terbabit dikesan beroperasi sejak pintu sempadan negara mula dibuka semula selepas ditutup akibat pandemik Covid-19.

Katanya, ejen penyeludupan di negara jiran akan mengenakan bayaran bagi menguruskan negara ini.

"Ejen di Malaysia akan dibayar antara RM300 hingga RM500 bagi setiap Pati yang diuruskan kemasukan di negara ini.

"Mereka kini ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka ditahan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-masuk-ke-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.365065 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list