CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Perlis] Perlis mampu jadi hab pengeluaran makanan utama

[Copy link]
Post time 9-8-2022 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Perlis mampu muncul sebagai satu daripada hab pengeluaran makanan utama negara pada masa hadapan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah isu keselamatan makanan kini mendapat perhatian utama akibat dari beberapa perkembangan semasa ekonomi dan politik dunia.

"Kekurangan bekalan makanan yang diburukkan lagi dengan lonjakan harga barang keperluan menyedarkan kita tentang kepentingan jaminan keselamatan makanan negara.


"Namun, negara kita masih tidak mencapai 'Self Sufficient Level' (SSL) dalam bekalan makanan dan tahun lalu sahaja, negara mengimport sebanyak RM55 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion.

"Beta sedar Kerajaan Negeri sudah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bekalan makanan secara agresif sejak tahun 2018 lagi antaranya mengekalkan zon jelapang padi dan meningkatkan pengeluaran padi, mewujudkan ladang tanaman komersial di Chuping dan Lubuk Sireh selain ladang ternakan haiwan untuk daging dan susu," titahnya.

Baginda bertitah ketika merasmikan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Yang Ke-14 di Kompleks DUN Perlis, Persiaran Wawasan, di sini, hari ini.

Titahnya, inisiatif yang berfokus ini mampu melahirkan lebih ramai usahawan tani kecil dan sederhana yang menggunakan teknologi moden.

"Beta yakin dengan kaedah pertanian moden seperti di Chuping Agro Valley (CAV), produktiviti pertanian dapat ditingkatkan.

"Malah, tidak mustahil untuk Perlis muncul sebagai salah satu hub pengeluaran makanan utama di Malaysia di masa akan datang," titahnya.



TUANKU Syed Sirajuddin (tengah) bertitah ketika merasmikan Penggal Persidangan Kelima DUN Perlis ke-14. FOTAO Aizat Sharif

Baginda bertitah, peranan sektor swasta dalam pembangunan negeri sangat penting.

"Beta gembira dengan dasar dan pendekatan mesra pelabur kerajaan negeri dalam menarik lebih banyak lagi pelaburan ke Perlis dan hasilnya sudah pun mula kelihatan.

"Malah, beta harap kerjasama erat kerajaan negeri dengan sektor swasta dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi. Bidang kerjasama baru yang berimpak tinggi juga perlu dikenalpasti dan diterokai untuk dilaksanakan.

"Beta turut gembira dengan perkembangan pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Kawasan Perindustrian Projek Pembangunan Lembah Chuping (CVIA), Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Padang Besar, Kangar Jaya, Kangar Sentral, Plazaria, Pavillion Padang Besar dan lain lagi," titahnya.

Selaras dengan perkembangan itu juga, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, bahawa pihaknya sedia maklum beberapa pelabur besar bersetuju melabur di Perlis.

"Ada diantaranya akan memulakan operasi seawal tahun 2023 di CVIA dengan nilai pelaburan komited sehingga Mei 2022 sebanyak RM3.71 billion.

"Dengan perkembangan ini juga, kira-kira 5,700 peluang pekerjaan baharu juga bakal diwujudkan," katanya.

Persidangan DUN Perlis kali ini akan berlangsung sehingga 11 Ogos hadapan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kanan-utama-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056938 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list