CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1516|Reply: 1

[Perak] Doktor bantu ibu bapa jual sate

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Nawawi (kanan) membantu ayahnya, Jamalos (kiri) membakar sate. FOTO Rosman Shamsudin

Slim River: Walaupun saban hari kadangkala penat bekerja merawat pesakit, namun seorang doktor tetap meluangkan masa cuti di hujung minggu bagi membantu ibu dan ayahnya berniaga sate di bazar Ramadan di Pusat Perniagaan Slim Perdana, dekat sini.

Dr Mohammad Nawawi Jamalos, 33, yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor berkata, ketika zaman kanak-kanak dan remaja, ayahnya, Jamalos Teratib, 65 dan ibunya ,Malasiah Alwi, 59, menumpang berniaga sate di restoran Cina.

Menurutnya, disebabkan faktor umur, ibu bapanya kini hanya menumpukan perniagaan sate setahun sekali di bazar Ramadan di samping menerima tempahan sahaja.

"Pendapatan hasil jualan satelah yang membesarkan kami lima beradik sehingga saya dan abang serta adik lelaki juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti yang kini bekerja sebagai jurutera, mankala dua adik perempuan kembar masih belajar di sekolah menengah.

"Pengalaman membantu ibu dan ayah menyedarkan saya tentang cabaran dan kesusahan yang dialami oleh mereka sepanjang berniaga mencari pendapatan untuk membesarkan dan persekolahan kami," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Setiap kali cuti hujung minggu, bermula 3 petang beliau akan mula membantu ayah dan ibunya sehingga 6 petang berniaga sate ayam dan daging di bazar berkenaan.

Sate ayam dan daging resepi turun temurun dijual secucuk 90 sen yang dinikmati bersama kuah kacang.

Beliau berkata, walaupun sudah bergelar seorang doktor namun bukanlah halangan untuk beliau turun padang membantu ayah dan ibu di gerai sate.

Katanya, inilah masanya untuk kembali membalas jasa ibu dan ayah yang selama ini berkorban masa dan wang untuk membesarkan dan memberi pendidikan sehingga berjaya.

"Siapalah saya sekarang ini, jika tidak kerana jasa ibu dan ayah belum tentu saya dapat menggapai cita-cita menjadi seorang doktor.

"Jasa dan pengorbanan mereka tidak terbalas dengan wang ringgit atau harta dan selagi mereka masih ada maka wajarlah kita menghargai mereka," katanya.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya (UM) dan masih bujang berkata, rasa penat hilang selepas melihat hasil jualan sate yang diusahakan ibu dan ayahnya setiap hari laris dijual di bazar berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ibu-bapa-jual-sate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, perangai yang terpuji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 1.109336 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list