CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 0

[Selangor] Satu kematian disahkan rabies di Selangor

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang disahkan rabies pada 4 April lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dalam kenyataan di Facebook rasmi JKNS memaklumkan mangsa yang berusia 40 tahun dan menetap di daerah Petaling itu, meninggal dunia di rumah pada 10 Mac lalu.

"Mendiang dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keputusan ujian makmal bag spesimen otak didapati positif virus rabies," katanya.

Dr Sha'ari berkata, hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.

"Adalah dimaklumkan punca jangkitan masih dalam siasatan. Tiada gejala dan tanda penyakit rabies dilaporkan pada kes yang berlaku di Selangor ini," katanya.

Dr Sha'ari berkata, berikutan kejadian kes itu, beberapa langkah pencegahan dan kawalan dijalankan secara bersepadu oleh JKNS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Petaling antaranya penangkapan anjing liar yang dijalankan di lokaliti terbabit bermula 7 April lalu.

"Spesimen haiwan yang ditangkap dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI)," katanya.

Dr Sha'ari berkata, siasatan lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Program ActiveCase Detection (ACD) dalam lingkungan radius satu kilometer dari rumah mendiang.

Katanya, surat peka kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengesanan awal kes gigitan anjing atau haiwan liar oleh pengamal perubatan di Selangor.

"Selain itu, pelantikan dua hospital rujukan kes gigitan anjing di negeri ini iaitu Hospital Shah Alam dan Hospital Serdang. Ini bagi membolehkan penilaian risiko dan kategori luka bagi pemberian vaksin rabies serta rawatan immunoglobulin rabies sekiranya perlu," katanya.

Susulan itu, Dr Sha'ari turut menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan apabila digigit oleh anjing atau haiwan liar iaitu segera membersihkan bahagian tubuh yang digigit atau dicakar dan mendapatkan rawatan.

"Segera laporkan kepada DVS Selangor atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sekiranya peliharaan berubah tingkah laku termasuk menjadi agresif atau pihak PBT jika terdapat anjing atau haiwan liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rabies-di-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.499403 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list