CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Terengganu] 'Alhamdulillah, rasa lain solat hari ini'

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Marang: Baru rasa betul-betul seperti solat berjemaah. Itu diluahkan umat Islam yang menunaikan solat Jumaat, hari ini tanpa penjarakan fizikal.

Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Mohamad Syafiq Abdul Hakim, 20, yang menunaikan solat di Masjid Rusila di sini berkata, dia teruja dan terharu dapat meneruskan rutin yang menjadi kebiasaan sebelum pandemik Covid-19 bermula.

"Saya sudah lama menunggu untuk (solat) merapatkan saf ni dan Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah, jadi (saya) tidak akan sia-siakan peluang ini.

"Sebelum ini apabila ada penjarakan fizikal, rasa lain, tak rasa berjemaah dan hari ini semuanya berjalan seperti biasa," katanya

Menurutnya, semua pihak tetap mempunyai tanggungjawab dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19.


Jemaah berdoa selepas menunaikan solat Jumaat dalam keadaan tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki Fasa Endemik bermula hari ini, semasa tinjauan di Masjid Kampung Gong Tok Nasek di sini hari ini.FOTO GHAZALI KORI

Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat di Masjid Rusila yang diimamkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Peniaga, Abdul Fatah Ghani, 30, pula turut gembira dengan kelonggaran untuk menunaikan solat tanpa penjarakan dan berharap peluang itu tidak disia-siakan umat Islam.

"Memang sudah lama tunggu sebab sebelum ini walaupun boleh berjemaah di masjid atau surau, kita kena jaga jarak tetapi apabila kelonggaran diberikan, memang saya tidak akan sia-siakan.

"Saya berharap juga apabila sudah beri kelonggaran, SOP dijaga dan jemaah dapat memenuhkan masjid bukan sahaja ketika solat Jumaat tetapi pada waktu lain," katanya.

Sementara itu, lebih 1,000 orang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu dengan jemaah turut menyatakan kesyukuran mereka dengan kelonggaran itu, apatah lagi Ramadan bakal disambut beberapa hari lagi.

Terdahulu, tinjauan mendapati jemaah yang hadir ke masjid mematuhi SOP ditetapkan terutama memakai pelitup muka, mengimbas aplikasi MySejahtera dan membawa sejadah masing-masing.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-hari-ini-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.125846 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list